Sentiasa berhati-hati tentang pautan yang anda inigin klik di dalam e-mel. Adakah patuan tersebut akan membawa anda ke destinasi yang anda inginkan?
"Subject: Re: Order
Message body:Thanks for the email, i have tried to send you our company profile but its not going through, so i have decide to send it via Google Docs. all email account work with Google Docs all you need to do is to click the link below and login to view the document.
Click here to View
And get back if you will like to do business with us thanks.
James"
apa akan terjadi jika anda klik pada pautan tersebut? sila perhatikan gambar dibawah pada URL web yang dibawa oleh pautan tersebut.
Pada pandangan pertama, anda mungkin bayangkan anda log masuk ke Google Docs dengan niat untuk melihat apakah isi kandungan dari pengirim e-mel tersebut. Tapi Hasil pemeriksaan lebih dekat pada bar URL mendedahkan bahawa ini adalah bukan asli daripada Google! Tapi sebaliknya halaman phishing tersembunyi jauh di laman web Ethiopian Red Cross Society's.
Jika perkara ini berlaku, sudah tentu anda tidak perlu memasukkan butiran anda pada halaman tersebut. kerana ini akan membuatkan segala informasi dan data-data anda jatuh ketangan penjenayah siber. Data-data yang dikumpul oleh penjenayah siber biasanya akan digunakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat lain contohnya maklumat online banking.
Jika anda mempunyai sebuah laman sesawang, pastikan anda sentiasa menyemak fail-fail yang terdapat dalam "Web-Hosting" anda untuk memastikan tiada file Phising yang di muat naik oleh penggodam.
Untuk mengelakan daripada anda terjerat dengan laman phising, Pihak Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) telah menyediakan satu Addon Google Chrome yang dinamakan sebagai "DontPhishMe"
klik sini untuk mendapatkan Addon tersebut