Apa itu Pageviews, Impressions dan Unique Visitors
Bila berblog pasti ada yang tertanya apa itu Unique Visitor, apa pula dimaksudkan dengan Impressions dan apa itu pageviews. Perkataan ini selalu dan pasti sesetengahnya menjadi ukuran setiap blogger untuk menentukan tahap pencapaian blog masing-masing.
Begitu juga syarikat pengiklanan dan juga individu lain yang hendak meletakkan iklan di blog kita. Mereka akan terlebih dahulu mengkaji, mendapatkan maklumat bekenaan terutama unic visitor sehari untuk meletakkan iklan mereka di blog kita.
Namun demikian, bagi blogger baru mungkin 3 perkataan tu asing bagi mereka dan seperti saya juga dahulu tersilap dengan menggangap ia sesuatu yang tidak penting.
Unique Visitors
Unique Visitors ( UV ) ini ialah pelawat yang berlainan untuk setiap kali lawatan ke blog/web anda. Bagaimana sistem mengenalpasti pelawat berlainan? Dia nampak kita ker? Tidak, sebenarnya setiap komputer mempunyai IP atau identiti nombor tersendiri. Jadi, sistem mengambil kira IP berlainan dianggap orang berlainan. Jadi, sekiranya sehari 1000 UV diterima ke blog anda ia bermakna 1000 orang baru yang ke blog anda.
UV ini penting untuk syarikat pengiklanan mengira kualiti blog kita dan sekiranya makin banyak UV yang hadir ke blog anda kemungkinan makin tinggi kecenderungan mereka yang melihat iklan-iklan yang dipaparkan oleh syarikat pengiklanan.
Web Page Views
Page Views ini pula ialah berkaitan dengan kiraan laman yang dilihat oleh pelawat blog kita. Ini bermaksud, kedatangan seorang ke blog anda memberikan 1 page views kepada anda, jika dia melihat tajuk lain maka akan bertambah satu lagi pageviews anda. Oleh itu kadangkala kedatangan seorang bukanlah beerti hanya satu page views mungkin seorang akan memberikan 2-3 dan mungkin lebih pageviews kepada blog anda.
Pageviews ini juga penting untuk memberikan kualiti kepada blog anda kerana ia memberikan purata isi kandungan berguna kepada data engin pencari dalam meningkatkan lagi kelebihan index artikel-artikel di blog anda. Pageviews ini juga penting terutama meningkatkan pendapatan CPM iklan yang ditayangkan di blog masing-masing
Impressions
Impressions ini pula lebih kepada pengiklanan ataupun paparan. Bilangan impressions memberi maksud berapa kali sesuatu yang dikira itu terpapar di blog anda. Betuk paparan termasuk gambar, video ataupun flash.
Kebiasaanya syarikat pengiklanan akan mengira berapa kali paparan iklan mereka ke blog anda dan ada pengiraan khusus pula yang berkait antara impressions dan jumlah pelawat yang melihat iklan.
Post by: BukhariMalek
Blog | Facebook
Tahukah Anda Setiap Lawatan Ke GilerHackers.Com Mendapat Mata? Sila Baca Disini
Log Masuk Menggunakan Salah Satu Akaun Social Network Anda Untuk Komen! (+ 100 Points)
Log Masuk Menggunakan Salah Satu Akaun Social Network Anda Untuk Komen! (+ 100 Points)
comments powered by Disqus