tips memilih niche untuk blog

File Under:

Assalamualaikum dan salam sejahtera sekalian warga pembaca. semoga semuanya sihat dan waras belaka untuk membaca tips yang saya nak bagi hari ni. tips ni mungkin dapat memberi pendapat dan bantuan serba sedikit kepada blogger yang mula hendak serius dalam berblog dan ingin memulakan blog baru tetapi tidak tahu topik apa yang boleh dijadikan niche blog.

kepada pembaca yang masih tidak jelas apakah maksud niche, boleh rujuk kepada entri di blog saya yang bertajuk 'apa itu niche blog' ok? baiklah, ini merupakan tips-tips dan pendapat yang dapat saya berikan untuk memilih niche blog anda.

1. minat dalam niche tersebut

ya.. untuk membina satu niche blog yang berjaya, anda memerlukan komitmen. komitmen biasanya datang bersama minat. kalau korang berblog untuk menjana pendapatan, maknanya korang minat la jugak. minat duit... hehe.. kenapa penting untuk mempunyai minat untuk membina niche blog? jika anda membina blog bukan atas dasar minat, anda mungkin akan berasa bosan sebab topik yang anda bincangkan tak menarik minat anda sama sekali.

apa contoh niche blog yang menunjukkan minat? contohnya, jika anda minat dalam seni fotografi, anda mungkin boleh membina satu blog untuk berkongsi hasil kerja anda. mungkin juga anda minat memasak? anda boleh membina blog untuk berkongsi dan bertukar-tukar resepi dengan pembaca blog anda. banyak lagi minat anda yang boleh dijadikan niche untuk blog anda. be creative!

2. kepakaran atau kemahiran

apa maksud saya dengan kepakaran atau kemahiran? dengan membina niche blog, pembaca menganggap bahawa anda pakar/serba tahu mengenai topik tersebut. justeru, adalah lebih molek sekiranya anda menguasai topik yang anda hendak jadikan niche untuk blog anda supaya anda dapat membantu pembaca sekiranya mereka mempunyai kesukaran ataupun masalah dalam topik tersebut.

saya sertakan contoh di sini. sekiranya anda belum mempunyai cahaya mata dan tidak mempunyai sebarang pengalaman bersama bayi mahupun kanak-kanak, maka mungkin anda perlu elakkan untuk memilih topik keibubapaan sebagai niche blog anda. kecuali anda mempunyai seseorang yang anda boleh rujuk mengenai topik tersebut. sekiranya anda mahir dalam niche blog anda, anda akan lebih tahu apakah yang anda hendak sampaikan kepada pembaca. oleh itu, pastikan anda menguasai sesuatu topik yang anda hendak jadikan niche untuk blog anda tu ok? :)

3. rujuk blogger-blogger lama/blogger otai.

haa... ini adalah tips kepada mereka yang merancang untuk menjadi blogger yang terkenal atau ingin menjana pendapatan yang lumayan melalui blog mereka. anda boleh google 'top blogger Malaysia' untuk tahun 2010, 2011, 2012 atau mana-mana tahun, dan kaji niche yang mereka gunakan untuk blog mereka. ini adalah penting agar korang tahu apakah minat pembaca laman web dalam Malaysia.. adakah informasi? gambar-gambar pelik? resepi memasak? gosip selebriti? apakah niche yang menjadikan mereka terkenal?

menurut rujukan dan kajian saya, personally, saya mendapati bahawa 'gosip selebriti' adalah niche yang boleh tahan top dalam Malaysia setakat ni. agaknya penduduk Malaysia ni gemar bergosip kot. hehe.. saya ada terfikir pasal nak buat blog gosip, tapi takut pulak benda yang digosipkan tu tak betul karang, boleh jadi fitnah.. ish3.. nauzubillah..

tips ni penting kerana dapat menjana idea untuk anda memilih niche blog anda. akan ada satu tahap anda akan berkata, "ish.. blog niche pasal ni pun boleh top ke?".. haa.. kita tak tahu. tuah manusia tak siapa tahu kan? :)

4. halal, haram, dosa, pahala

wahai blogger sekalian, kalau dah terdesak sangat nak dapatkan view berjuta, jangan la sampai mengabaikan hukum agama. jangan la buat blog pasal cerita-cerita lucah mahupun video-video porno. memang la dapat trafik tinggi menggunung, tapi dosa pun tinggi melangit. huhu.. pasal blog gosip pun entah la. takut jugak. tak betul gosip tu boleh jadi fitnah, sebab kadang-kadang kita bukan kenal pun artis tu dan kita tak tahu hati budi dia. ada yang baik mata, tapi hati busuk, ada juga sebaliknya. kalau pun gosip tu betul, tak ke kita dah mendedahkan aib orang? apa pula hukumnya menjana pendapatan melalui blog yang mendedahkan aib orang? saya pun tak tahu. tanya Ustaz Azhar Idrus. hehe..

kesimpulan:

itulah serba sedikit tips yang dapat saya kongsikan bersama pembaca sekalian. harap dapat membantu serba sedikit ok? sekiranya anda mempunyai sebarang penambahan, komen mahupun pertanyaan, boleh tanya di blog saya. insyaallah saya akan tolong mana yang termampu. terima kasih kerana sudi membaca! :)

Dipostkan melalui ruangan Write For Us!
nama: Gary bin Asip
tajuk artikel: tips memilih niche untuk blog
blog: http://www.tutorialbloggers.com
facebook: http://www.facebook.com/BelogTutorial

Author: Bukhari Malek
tips memilih niche untuk blog di postkan oleh: Bukhari Malek
Jika anda berminat untuk berkongsi artikel dengan kami,hantarkan artikel menarik anda ke gilerhackers@gmail.com

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif