Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Cara Mudah Buat AntiVirus Sendiri


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Antivirus merupakan salah satu perisian yang penting pada sesebuah komputer.Ia berfungsi untuk membuang jenis jenis fail yang boleh merosakan atau melambatkan proses sistem komputer anda.

Tetapi, jika anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk muat turun perisian antivirus, anda mungkin boleh menggunakan tips ini untuk membuang sesetengah virus.Anda boleh membuat Antivirus anda sendiri dengan hanya menggunakan notepad.

Tutorial: copy kod dibawah pada notepad, kemudia sila rename dengan nama Antivirus.bat filetype sila pilih All file

@echo off
title GilerVirus
echo Antivirus
echo created by GilerHackers.com
:start
IF EXIST virus.bat goto infected
IF NOT EXIST virus.bat goto clean
cd C:\Windows\system32
:infected
echo WARNING VIRUS DETECTED!
del virus.bat
pause
goto start
:clean
echo System secure!
pause
exit

Anda boleh menggantikan virus.bat dengan kesemua jenis virus virus terkini, untuk lihat senarai virus terkini boleh rujuk disini

Tips ini tidak dijamin 100% bebas dari jangkitan atau serangan virus, ia adalah salah satu kaedah sahaja..selamat mencuba, Muat turun Demo Antivirus ini dibawah:

Aplikasi Disqus terbaik untuk pengurusan komen blog


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.Jika anda perhatikan pada kotak komentar. [GH] menggunakan sistem disqus.dahulu kami menggunakan facebook komen,kenapa beralih kepada sistem komentar Dari Disqus?

Walaupun ada yang tidak menyukai penggunaan sistem disqus,tetapi disqus mempunyai banyak kelebihan.selain hanya dari log masuk menggunakan akaun social seperti facebook,twitter, google+ dan sebagainya. Disqus mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Menjimatkan masa
Ini merupakan perkara pertama yang akan diberi perhatian oleh sesiapa sahaja -- kelebihan penggunaan aplikasi Disqus. Sekiranya anda membina laman web dinamik (tidak melibatkan penggunaan CMS), penggunaan Disqus boleh menjimatkan masa untuk penghasilan sistem komen. Setiap kod fungsi untuk satu-satu komen diselesaikan oleh pihak Disqus dan bukan anda.

Multi-rangkaian dengan laman sosial
Selain itu, Disqus juga menyediakan kolaborasi dan gabungan rangkaian dengan laman-laman sosial seperti Google, Facebook dan Twitter. Setiap pengguna boleh mengesahkan identiti mereka hanya dengan satu klik pada butang pilihan. Bagi laman binaan sendiri, anda tidak perlu menyediakan fungsi pendaftaran untuk mendapatkan fungsi komen yang lebih selamat. Atau penggunaan sistem CMS juga boleh dinyahaktifkan sistem komen bagi digantikan sepenuhnya dengan Disqus.

Keselamatan terjamin
Disqus juga menyediakan sistem keselamatan berperingkat termasuklah penapisan kepada serangan injeksi SQL, XSS dan skrip-skrip berbahaya. Selain itu, cubaan mengodam laman tidak boleh dilakukan menerusi Disqus kerana kod yang anda gunakan hanyalah kod HTML yang biasa. Adalah mustahil untuk menggodam menerusi kod HTML.

Moderator berbilang
Disqus juga menyediakan fungsi moderator berbilang. Maknanya setiap komen yang dihantar boleh diuruskan oleh berbilang pengguna. Dan yang penting, ianya berpusat. Sekiranya anda menggunakan Disqus pada lebih 50 laman, semua komen ini dikawal dan diuruskan di laman web Disqus.com sendiri.

Perkongsian data-data komen
Fungsi untuk menarik maklumat komen dari laman-laman lain boleh dilakukan dengan mudah. Dengan satu kod pengesahan, anda boleh berkongsi data-data komen dari lebih dua laman web berlainan (yang menggunakan sistem berlainan) pada laman web yang lain. Berbanding secara tradisional, data-data komen hanya terhad kepada laman web tersebut sahaja kecuali proses integrasi dan API digunakan.

Data disimpan selamanya
Perkara yang paling penting -- data-data komen anda selamat selama-lamanya. Disebabkan oleh Disqus menggunakan pangkalan datanya tersendiri, seandainya laman tersebut ditamatkan perkhidmatan atau anda beralih kepada sistem yang lain, ke semua data-data komen ini boleh dikembalikan dan dipaparkan semula.

Kredit

Facebook Popup For Blogspot


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.Diambang kemuncak pilihan raya, [GH] ingin mengucapkan selamat mengundi kepada mereka yang sudah cukup syarat ^_^ "Undilah parti yang membawa kebaikan untuk agama dan negara ".

Ok entri kali ini kami kongsikan 1 script untuk pengguna blogspot.Seperti yang kita tahu, salah satu cara menaikan like fanpage secara halal, tanpa menggunakan script atau aplikasi like secara paksa seperti? ehem ehem... ^_^ ialah dengan memasang facebook like box di blog anda.

Terdapat pelbagai jenis facebook popup box untuk blogger, jika anda pemilik blog atau seorang blogger, terpulang kepada anda untuk memilih yang mana satu idaman hati.Jika anda ingin menggunakan facebook popup box seperti gambar diatas, ianya sangat mudah, anda cuma copy dan paste kan code dibawah dan letakan pada Html/Javascript widget di blog anda.

code:
<link href="http://code.gilerhackers.com/css/facebox.css" rel="stylesheet" />
<script type='text/javascript' src='http://code.gilerhackers.com/js/facebox.js'></script>

<div id="facebox">
<h1>Sertai Komuniti Kami Di Facebook! </h1>
<div class="htmlarea">

<iframe allowtransparency='true' frameborder='0' scrolling='no' src='//www.facebook.com/plugins/likebox.php?href=http://www.facebook.com/myGilerHackers&width=400&colorscheme=light&show_faces=true&border_color=%23fff&stream=false&header=false&height=310' style='border:none; overflow:hidden; width:400px; height:310px;'></iframe>



</div>
<div id="tlfooter">
<script type='text/javascript' src='http://code.gilerhackers.com/js/facebox2.js'></script>
</div></div>

Nota: tukar perkataan berwarna MERAH dengan USENAME facebook anda.- selesai.

akan datang [GH] akan membuka forum khasnya untuk anda yang berminat bermain dengan Css, Html, Php, Javascript dan lain lain untuk kita sama sama berkumpul dan menambah ilmu untuk kebaikan bersama, jika anda setuju klick share button dibawah. atau ingin menyumbang terhadap pembangunan GilerHackers? sila rujuk di blog.gilerhackers.com DISINI

Banner Rotator Script Untuk Blogspot



Assalamualaiikum dan selamat sejahtera. Ada yang bertanya kami di facebook macam mana nk buat banner rotator, tapi nak letak di blogspot.bagi mereka yang menggunakan platform wordpress atau joomla mungkin anda hanya perlu mengunakan plugins plugins yang sudah disediakan.tapi bagai mana untuk blogger yang menggunakan blogspot?

Ok [GH] terangkan apa fungsi banner rotator ni.
Dengan mengunakankan banner rotator, bagi anda yang ingin meletakan kod iklan seperti Affiliate,mungkin dengan penggunaan Banner Rotator ini boleh menjimatkan ruang.
Iklan banner anda akan bertukar tukar pada setiap kali page di refresh lebih mudah setiap kali halaman lain dibuka banner akan bertukar mengikut apa yang telah ditetapkan.

Banner rotator untuk blogspot ini sangat mudah digunakan, tetapkan sahaja gambar dan link (pautan) untuk banner anda.
Untuk letak Banner Rotator di blogspot, sila copy code dibawah dan paste kan pada HTML/JAVASCRIPT widget.

<script language='JavaScript'>
<!-- BANNER ROTATOR

var how_many_ads = 3
var now = new Date()
var sec = now.getSeconds()
var ad = sec % how_many_ads;
ad +=1;


//**************************** 1 ****************

if (ad==1){
url='LINK';
alt='Tajuk';
banner='url-gambar';
width='300';
height='250';
}

//**************************** 2 ****************


if (ad==2) {
url='LINK';
alt='Tajuk';
banner='url-gambar';
width='300';
height='250';
}


//**************************** 3 ****************

if (ad==3) {
url='LINK';
alt='Tajuk';
banner='url-gambar';
width='300';
height='250';
}



</script>
<script src='http://code.gilerhackers.com/js/banner.js' type='text/javascript'></script>

Nota Tetapan:

url='LINK'; (letakan link banner)
alt='Tajuk'; (letakan Tajuk banner)
banner='url-gambar'; (letakan url gambar banner)
width='300'; (saiz lebar banner)
height='250'; (saiz tinggi banner )

contoh:
url='http://j.mp/serviceblog';
alt='Tempah Blog';
banner='http://i.imgur.com/AvlzaW9.gif'; (
width='300';
height='250';

Jika anda ingin menggunakan lebih dari 3 banner, anda hanya perlu menambah jumlah ads sahaja.jika mempunyai sebarang pertanyaan, silalah ke facebook rasmi GilerHackers disini

Suka artikel ini? Jangan lupa share dan Lawati Link dibawah ^_^

Lindungi Privasi Ketika Melayari Internet Dengan Hotspot Sheild


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Artikel kali ini [GH] perkenalkan satu software yang membantu anda melindungi privasi ketika malayari internet.Mungkin sudah ramai tahu apa itu HSS (HotSpot Sheild).Bagi anda yang pertama kali dengar tentang HotSpot Sheild, Apa itu Hotspot Sheild?

" Hotspot Shield VPN adalah penyelesaian keselamatan Internet utama yang menjamin sesi pelayaran anda, mengesan dan menghalang malware, melindungi privasi anda dan membolehkan anda mengakses laman web disekat."

Hotspot sheild membolehkan anda membuka laman web yang disekat tanpa perlu menukar dns ataupun masuk melalui proxy,selain itu HSS mampu menyembunyikan IP addres kita sehingga kita dapat mengakses semua content yang di block di jaringan gateway internet.contoh seperti laman web  porn.

Bagi anda yang berminat untuk menggunakan Hotspot Sheild ,anda boleh muat turun secara percuma dibawah:

Pertanyaan lanjut boleh RUJUK DISINI atau terus ke laman rasmi Hotspot Sheild.
* Dikesempatan ini juga kami ingin maklumkan kepada Rakan Rakan Digroup supaya tidak Spam dan elakan dari  post perkara yang tidak berfaedah,kepada hackers hackers pro disana anda dilarang sesekali untuk post link berkaitan defacement, jika ingin show off sila pergi ke tempat lain.Digroup kami hanya membincangkan perkara perkara berkaitan teknologi untuk kemudahan bersama.sila hormati pertauran group kami atau .......... Terima Kasih.

mengenalpasti iPhone 4 original atau Tiruan

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera..
Ada yag inbox kami di gilermedia bagai mana hendak memastikan sama ada iphone yang dibeli itu adalah Original atau Tiruan ( biasanya made in china )
Godek punya godek akhirnya terjumpa entri ni.


Mana satu iPhone 4 original vs tiruan? Cuba teka

1. Dari segi bentuk luaran, aksesori charger, dan logo Apple adalah sama. Tulisan Designed in California, assembled in China tetap sama.

2. Body iPhone 4 original dibuat daripada besi + kaca, manakala iphone tiruan dibuat daripada plastik.

3. iPhone tiruan menggunakan sim card biasa dan bukan micro sim seperti iPhone 4.

4. iPhone tiruan boleh masukkan memory card, tetapi iPhone 4 tiada sokongan memory card, hanya hard disk terbina dalam.

5. Kedua2 iphone ori dan tiruan mempunyai kamera depan dan belakang, yang bezanya kualiti camera iPhone tiruan sangat rendah, dan mempunyai shutter sound yang aneh dan kuat.

6. Speaker iphone tiruan jauh lebih kuat tetapi bunyi pecah dan audio kualiti rendah.

7. Biasanya iphone tiruan tidak mempunyai 3G, tetapi mempunyai wifi. Wifi pula biasanya wireless b/g dan bukan wireless b/g/n. Wifi iphone tiruan tidak boleh guna WPA enteprise misalnya.

8. Bila on, menu dan layout kelihatan sama dengan iPhone 4. Cuma scrolling agak lag, dan icon nampak aneh.

9. Screen resolution iphone tiruan adalah rendah dan mengakibatkan display tidak sharp dan juga lcd digunakan adalah lcd murah. Jadi gambar tidak terang.

10. Touch screen tidak sensitif dan slow, laggy. Sesetengah model menggunakan resisitive screen, jadi tidak berapa memberi tindakbalas ke atas sentuhan jari.

11. Tidak boleh charge usb, tapi boleh guna charger sama dengan iPhone original.

12. Tidak perlu itunes untuk activation, juga tidak menggunakan sebarang smartphone os. Interface iphone tiruan dibuat menggunakan j2me (java) dan dibuat supaya menyerupai iphone.

13. Sesetengah games juga diberi percuma di dalam iphone tiruan. Saya try dan ada game plants vs zombies versi ciplak dan sangat tak best.

14. TIada facetime, safari, ipod, app store dan beberapa native apps pada iPhone original. Yang ada hanya apps yang “mimik” fungsi native apps iPhone.

16. Biasanya harga iPhone tiruan adalah 1/4 atau 1/5 daripada harga iPhone sebenar.

Sumber

Auto Seo untuk Pengguna Blogspot


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca di gilerhackers!
Alhamdulillah Gilerhackers semakin mendapat sambutan dikalangan pembaca di Malaysia. terima kasih ^_^.Hari ini GH ingin kongsikan sedikit tips untuk buat blog anda (pengguna blogspot) lebih mesra Seo!

Apa itu SEO? boleh cari pada artikel artikel yang lepas.
Anda hanya perlu melatakan atau ganti kod yang disediakan dibawah sahaja
1- Login pada akaun blogger anda
2- Pergi ke Layout button dibahagian tepi blogger Dashboard
3- Edit Html Template dan cari kode bewarna merah seperti dibawah:

<title><data:blog.pageTitle/></title>

sekarang anda hanya perlu ganti kepada kode bewarna biru dibawah:
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/><title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;archive&quot;'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
</b:if>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;label&quot;'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
</b:if>
<meta expr:content='data:blog.pageTitle + &quot; – blog description anda (upto 200 charaters)&quot;' name='description'/>
<meta expr:content='data:blog.pageName + &quot;, Keyword 1, Keyword 2, Keyword 3, Keyword 4, Keyword 5&quot;' name='keywords'/>
<meta content='Author Name Here' name='author'/>
<meta content='index,follow' name='robots'/>

Ciri ciri:
Perubahan Auto Blog Tajuk pada page untuk setiap pos.
Auto Meta Description untuk setiap post.
Auto Meta Keywords setiap Post.
Bekerja untuk Archive Bulanan, Mingguan dan Harian.
Bekerja untuk label setiap blog.
Auto Meta Tag Robot
Pengarang / Penulis Meta Tag.


Nota* Tukar perkataan Oren mengikut kesesuaian blog!
Jika artikel ini menarik, jangan lupa kongsi bersama rakan rakan anda.Selamat mencuba :)

*Check out this year's massive line up artist for FMFA 2013! It's gonna be Ex-PSY-ting!
*Spray the walls of Resorts World Genting with your Graffiti Art??
*Are you ready for an adventure? Here comes the thunder - Jack The Giant Slayer!

Cara kurangkan beban penggunaan ram pada Windows 7

Assalamualaiikum dan salam 1malaysia :p
hari ini [GH] ingin kongsikan bagaimana cara untuk mengurangkan beban penggunaan Ram pada windows 7.

Cara untuk mengurangi beban kerja memori (RAM) yang berlebihan pada Windows 7 adalah dengan mematikan fitur Superfetch. Cara ini sangat membantu bagi anda yang memiliki PC dengan memori yang terhad. dibawah adalah cara bagaimana mematikan Superfetch untuk mengurangi penggunaan memori berlebih pada Windows 7.

1. Masuk pada menu Control Panel ==> System and Security.


2. Setelah masuk menu System and Security, klik Administrative Tools.


3. Di dalam menu Administrative Tools, cari menu Service. Buka menu Service, kemudian scroll ke bawah untuk menemukan Superfetch. Klik kanan pada Superfetch lalu klik Properties.


4. Setelah itu, tukar tetapan (setting) pada Startup type dari Automatic menjadi Disable. Kemudian klik Stop dan tunggu proses menghentikan aplikasi. selepas itu klik OK.


Selamat mencuba :)
Sebarang pertanyaan atau cadangan sila hubungi kami di gilerhackers@gmail.com
* Letakan banner gilerhackers di website atau blog anda? sebarkan informasi dan tips tips edukasi

tips memilih niche untuk blog


Assalamualaikum dan salam sejahtera sekalian warga pembaca. semoga semuanya sihat dan waras belaka untuk membaca tips yang saya nak bagi hari ni. tips ni mungkin dapat memberi pendapat dan bantuan serba sedikit kepada blogger yang mula hendak serius dalam berblog dan ingin memulakan blog baru tetapi tidak tahu topik apa yang boleh dijadikan niche blog.

kepada pembaca yang masih tidak jelas apakah maksud niche, boleh rujuk kepada entri di blog saya yang bertajuk 'apa itu niche blog' ok? baiklah, ini merupakan tips-tips dan pendapat yang dapat saya berikan untuk memilih niche blog anda.

1. minat dalam niche tersebut

ya.. untuk membina satu niche blog yang berjaya, anda memerlukan komitmen. komitmen biasanya datang bersama minat. kalau korang berblog untuk menjana pendapatan, maknanya korang minat la jugak. minat duit... hehe.. kenapa penting untuk mempunyai minat untuk membina niche blog? jika anda membina blog bukan atas dasar minat, anda mungkin akan berasa bosan sebab topik yang anda bincangkan tak menarik minat anda sama sekali.

apa contoh niche blog yang menunjukkan minat? contohnya, jika anda minat dalam seni fotografi, anda mungkin boleh membina satu blog untuk berkongsi hasil kerja anda. mungkin juga anda minat memasak? anda boleh membina blog untuk berkongsi dan bertukar-tukar resepi dengan pembaca blog anda. banyak lagi minat anda yang boleh dijadikan niche untuk blog anda. be creative!

2. kepakaran atau kemahiran

apa maksud saya dengan kepakaran atau kemahiran? dengan membina niche blog, pembaca menganggap bahawa anda pakar/serba tahu mengenai topik tersebut. justeru, adalah lebih molek sekiranya anda menguasai topik yang anda hendak jadikan niche untuk blog anda supaya anda dapat membantu pembaca sekiranya mereka mempunyai kesukaran ataupun masalah dalam topik tersebut.

saya sertakan contoh di sini. sekiranya anda belum mempunyai cahaya mata dan tidak mempunyai sebarang pengalaman bersama bayi mahupun kanak-kanak, maka mungkin anda perlu elakkan untuk memilih topik keibubapaan sebagai niche blog anda. kecuali anda mempunyai seseorang yang anda boleh rujuk mengenai topik tersebut. sekiranya anda mahir dalam niche blog anda, anda akan lebih tahu apakah yang anda hendak sampaikan kepada pembaca. oleh itu, pastikan anda menguasai sesuatu topik yang anda hendak jadikan niche untuk blog anda tu ok? :)

3. rujuk blogger-blogger lama/blogger otai.

haa... ini adalah tips kepada mereka yang merancang untuk menjadi blogger yang terkenal atau ingin menjana pendapatan yang lumayan melalui blog mereka. anda boleh google 'top blogger Malaysia' untuk tahun 2010, 2011, 2012 atau mana-mana tahun, dan kaji niche yang mereka gunakan untuk blog mereka. ini adalah penting agar korang tahu apakah minat pembaca laman web dalam Malaysia.. adakah informasi? gambar-gambar pelik? resepi memasak? gosip selebriti? apakah niche yang menjadikan mereka terkenal?

menurut rujukan dan kajian saya, personally, saya mendapati bahawa 'gosip selebriti' adalah niche yang boleh tahan top dalam Malaysia setakat ni. agaknya penduduk Malaysia ni gemar bergosip kot. hehe.. saya ada terfikir pasal nak buat blog gosip, tapi takut pulak benda yang digosipkan tu tak betul karang, boleh jadi fitnah.. ish3.. nauzubillah..

tips ni penting kerana dapat menjana idea untuk anda memilih niche blog anda. akan ada satu tahap anda akan berkata, "ish.. blog niche pasal ni pun boleh top ke?".. haa.. kita tak tahu. tuah manusia tak siapa tahu kan? :)

4. halal, haram, dosa, pahala

wahai blogger sekalian, kalau dah terdesak sangat nak dapatkan view berjuta, jangan la sampai mengabaikan hukum agama. jangan la buat blog pasal cerita-cerita lucah mahupun video-video porno. memang la dapat trafik tinggi menggunung, tapi dosa pun tinggi melangit. huhu.. pasal blog gosip pun entah la. takut jugak. tak betul gosip tu boleh jadi fitnah, sebab kadang-kadang kita bukan kenal pun artis tu dan kita tak tahu hati budi dia. ada yang baik mata, tapi hati busuk, ada juga sebaliknya. kalau pun gosip tu betul, tak ke kita dah mendedahkan aib orang? apa pula hukumnya menjana pendapatan melalui blog yang mendedahkan aib orang? saya pun tak tahu. tanya Ustaz Azhar Idrus. hehe..

kesimpulan:

itulah serba sedikit tips yang dapat saya kongsikan bersama pembaca sekalian. harap dapat membantu serba sedikit ok? sekiranya anda mempunyai sebarang penambahan, komen mahupun pertanyaan, boleh tanya di blog saya. insyaallah saya akan tolong mana yang termampu. terima kasih kerana sudi membaca! :)

Dipostkan melalui ruangan Write For Us!
nama: Gary bin Asip
tajuk artikel: tips memilih niche untuk blog
blog: http://www.tutorialbloggers.com
facebook: http://www.facebook.com/BelogTutorial
 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif