HTC Butterfly Skrin berdefinisi penuh (HD)

File Under:

PEMACU inovasi dan reka bentuk telefon bimbit, HTC Corporation baru-baru ini mengumumkan ketersediaan sebuah telefon bimbit pintar terbaharu iaitu HTC Butterfly yang pertama dengan paparan skrin berdefinisi penuh (HD) 1080p.

Model tersebut merupakan yang pertama seumpamanya yang menawarkan paparan piksel tinggi bagi telefon pintar sekali gus memperkenalkan pemproses Qualcomm Snapdragon empat teras yang dikuasakan oleh sistem operasi Android Jelly Bean bersama HTC Sense 4+.

Menurut Presiden HTC Corporation Asia Selatan, Lennard Hoornik, Butterfly menawarkan pengalaman terbaik dari segi prestasi, reka bentuk serta inovasi yang dimiliki selain merupakan antara telefon bimbit pintar paling unik yang pernah dikeluarkan syarikat tersebut.

"Dengan teknologi setanding televisyen berdefinisi tinggi (HD) terbaru, HTC Butterfly merupakan telefon pintar pertama berdefinisi 1080 piksel LCD 3 dengan paparan perlindungan Corning Gorilla Glass 2.

"Di samping itu, skrin paparan lima incinya dikuasakan dengan 440 piksel per inci (PPI) sekali gus memberikan pengalaman menonton berdefinisi tinggi yang memaksimumkan kecerahan pada telefon bimbit pintar tersebut," katanya.

Pemproses Qualcomm Snapdragon S4 Pro menampilkan CPU teras segi empat 1.5 giga herz (GHz) yang berprestasi tinggi dengan kapasiti RAM sebanyak dua giga bait (GB) bagi menyokong aktiviti pengguna secara serentak.

Butterfly turut dilengkapi dengan bateri mAh 2,020 dengan perisian penjimatan tenaga yang menyokong ketahanan untuk jangka hayat lama sambil disokong oleh kad SD yang mampu memuatkan sehingga 25 GB storan Dropbox Cloud.

Ciri mengagumkan juga terletak pada kameranya yang mampu mengambil gambar dengan jelas walau dalam cahaya rendah yang dilihat turut sesuai untuk merakan video.

Dengan kanta sudut 28 milimeter berkapasiti lapan mega piksel bersama lima tahap lampu denyar automatik, pengguna mampu merakam momen indah tanpa perlu bimbang tentang kualitinya.

Menariknya, aplikasi HTC VideoPic membolehkan pengguna merakan video dan imej pegun pada masa yang sama dengan hanya memegang butang pengatup, Continuous Shooting bertindak merakam pelbagai gambar sepantas empat rangka sesaat (fps).

Bagi melengkapkan keunikan Butterfly, amplifier fon kepalanya dibina dengan ampere pembesar suara belakang bagi membantu meningkatkan isyarat audio yang maksimum melalui Beats Audio sesuai untuk permainan video, menonton dan mendengar muzik.

HTC Butterfly yang berharga RM2,299 kini boleh didapati disemua pengedar sah HTC serta rangkaian telekomunikasi Celcom, DiGi, Maxis, TuneTalk dan U Mobile seluruh negara.

Author: Bukhari Malek
HTC Butterfly Skrin berdefinisi penuh (HD) di postkan oleh: Bukhari Malek
Jika anda berminat untuk berkongsi artikel dengan kami,hantarkan artikel menarik anda ke gilerhackers@gmail.com

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif