AntiVirus Terbaik 2013!

File Under:

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Antivirus? hampir semua komputer mempunyai antivirus sebagai satu perlindungan untuk komputer.Didalam banyak banyak jenis antivirus, yang mana pula di kategorikan sebagai yang terbaik untuk tahun 2013 ini?dibawah adalah 10 jenama antivirus yang boleh dijadikan rujukan atau pertimbangan untuk pilihan anda!

Bitdefender Antivirus Plus.
Antivirus yang sentiasa berada di tempat pertama!.kajian untuk semua pelindungan dan cara ia bekerja adalah terbaik.. dan pendapat scrore lengkap 100%

Kaspersky AntiVirus 2013
Antivirus dikenali sebagai antivirus yang "Handal" dan sangat mudah didapati.Sehingga ke hari ini, kaspersky mengiklankan produk mereka ke pelbagai media. Menurut toptenreviews perlindungan Kaspersky antivirus ini mendapatkan score hingga 92%.

Norton Antivirus Pro 2013
Norton antivirus memiliki banyak pengguna dan cukup stabil. Menurut toptenreview Dari segi perlindungan antivirus mendapat socre sebanyak 92%.

F-Secure Antivirus 2013
Antivirus yang satu ini boleh dikatakan masih baru. Namun jangan dari segi perlindungan menurut toptenreviews mendapat score mencapai yang mantap 100%. Namun kurang di dalam faktor penilaian yang lain.

G Data AntiVirus 2013
Antivirus ini mungkin kedengaran agak asing dikalangan pengguna di Malaysia.ia seperti F-secure anti virus, mendapat score sebanyak 100% tetapi masih kurang dalam penilaian yang lain.

BullGuard Antivirus 12
Untuk BullGuard Antivirus.didalam penilaian mengikut toptenreviews, ia hanya mencapai sebanyak 83% sahaja.

AVG Antivirus 2013
AVG merupakan antivirus yang paling lama bertahan didunia komputer dan sangat terkenal sehingga sekarang. tetapi penilaian perlindungan AVG hanya diberi sebanyak 83% score sahaja.

Avast! Pro 2013
Avast! juga mempunyai bilangan pengguna yang banyak.walaubagaimanapun, penilaian untuk perlindungan sama sahaja seperti AVG, mencapai sebanyak 83 score sahaja.

Avira Antivirus Premium 2012
Avira sama seperti AVG,tergolong didalam antivirus yang lama bertahan dan sangat popular kalangan pengguna komputer. namun sayangnya Avira hanya mendapat secore perlindungan sebanyak 67%.

ESET NOD32 2013
Eset Node32 bukan calang-calang antivirus, Eset juga mempunya banyak pengguna di seluruh Dunia,Antivirus ini sangat ringan dan tidak membebankan sistem penggunanya,Namun secore perlindunganya hanya mencapai 58%.

Sumber rujukan dari TopTenReviews, ianya mungkin akan berubah dari hari Ke hari atau masa ke semasa.

Jika anda mencari Antivirus percuma. kami candangkan anda menguna Avast free edition, boleh rujuk DISINI

Author: Bukhari Malek
AntiVirus Terbaik 2013! di postkan oleh: Bukhari Malek
Jika anda berminat untuk berkongsi artikel dengan kami,hantarkan artikel menarik anda ke gilerhackers@gmail.com

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif