Cash Towns! Bermain dengan bijak untuk dapatkan TUNAI!

File Under:

Kepada peminat permainan strategi secara online, AnnoLabs membawakan satu lagi permainan yang pasti akan membuat anda ketagih untuk bermain permainan ini setiap masa. Jika sebelum ini AnnoLabs membawakan permainan strategi Anno1777, kini AnnoLabs tampil dengan satu lagi online game iaitu CashTowns.

Di dalam CashTowns, tugas anda adalah untuk membentuk dan merancang sendiri Bandar anda, membina penempatan, memperkuat barisan askar, juga menyerang dan menjajah Bandar pemain lain.

Seperti permainan AnnoLabs sebelum ini, anda boleh bermain secara percuma juga boleh memasukkan dana ke dalam akaun anda untuk mendapatkan lebih kepuasan bermain serta memudahkan pembangunan Bandar. Yang pasti anda juga berpeluang untuk mengeluarkan tunai dari akaun anda jika anda bijak menggunakan strategi.

Antara sumber pendapatan anda adalah dari penawanan Bandar musuh, jual beli sumber, jual beli tentera atau kelengkapan ketenteraan. Jika tidak, anda boleh membeli Game Share yang akan memberi dividen untuk tempoh mase tertentu.
Dalam CashTowns anda bukan sahaja merancang projek Bandar anda tetapi anda juga perlu bijak merancang ekonomi Bandar yang akan bergantung kepada ekonomi Negara dengan konsep asas Permintaan vs Tawaran. Pulangannya adalah pendapatan dalam bentuk emas yang boleh diguna semula untuk menaiktaraf Bandar atau membuat pengeluaran.

Ingin mengeluarkan duit tunai? Kumpul sebanyak mungkin matawang game dan anda boleh tukarkan kepada duit tunai. Matawang game adalah dalam bentuk emas dan pengeluaran dalam matawang Euro. Pastikan anda memiliki akaun PayPal untuk urusan pengeluaran tunai.
Perkara paling menarik dalam permainan online pastinya peperangan diantara pemain. Ada 2 jenis peperangan. Pertama perang diantara Bandar di dalam 1 negara dan kedua perang diantara Negara. Anda boleh membuat Alliance dengan pemain lain untuk menyerang Bandar atau Negara lain.

Di dalam CashTowns, anda juga boleh menjadi pemilik kepada Negara tertentu. Pemilik Negara berhak menentukan kadar cukai, mengisytihar perang, juga boleh memberi ganjaran kepada pemilik Bandar. Untuk ini anda perlu berurusan dengan pihak yang telah dilantik.
Kepada pemain di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk merasai kehebatan permainan CashTowns. Daftar akaun anda dan mula membina Bandar anda. Selamat bermain…

Mulakan permainan anda dengan mendaftar DISINI : my.Cashtowns

Author: Bukhari Malek
Cash Towns! Bermain dengan bijak untuk dapatkan TUNAI! di postkan oleh: Bukhari Malek
Jika anda berminat untuk berkongsi artikel dengan kami,hantarkan artikel menarik anda ke gilerhackers@gmail.com

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif