Pelbagai desas-sesus yang kita dengar tentang Galaxy S4 kebelakangan ini, tetapi hari ini Samsung secara rasminya memperkenalkan peranti yang terkenal di dunia ini.
Samsung Galaxy S4 membawakan reka bentuk yang lebih kurang menyerupai Galaxy S3 sebelum ini, tetapi dikatakan oleh Samsung lebih nipis, ringan dan solid berbanding sebelum ini.
Peranti ini menyokong 3G dan juga 4G LTE, selain menyertakan pelbagai fungsi baru bersama-sama dengannya Peranti ini membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, menjadikan ia membawakan skrin pada kadar ketumpatan 441PPI. Samsung juga turut sama kelihatan menyertakan sokongan IR, untuk memudahkan pengguna untuk mengawal televisyen dan sebagainya.
Dari segi spesifikasi, ia turut menyertakan memori sebesar 2GB RAM, cip pemprosesan Samsung Exynos 5, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, ruangan storan 16GB (dengan pilihan 32GB dan 64GB), serta sokongan mikro-SD. Samsung Galaxy S4 turut sama menyertakan bateri berkapasiti 2600mAh.
Antara fungsi yang dikatakan Samsung adalah termasuk sokongan dwi-kamera, Samsung Smart Scroll, Samsung Smart Pause, Air View, S-Translator, Group Play, S-Health, dan beberapa yang lain. Untuk dwi-kamera, ia membawakan sokongan seumpama yang terdapat di Optimus G Pro, membolehkan pengguna merakamkan gambar menggunakan kamera belakang dan juga kamera hadapan pada peranti Galaxy S4. Ini sekaligus mengelakkan perakam gambar daripada terlepas menyertai memori-memori yang dirakamkan.
Samsung Galaxy S4 ini akan berada di pasaran pada penghujung April ini.
Samsung melancarkan Galaxy S4
Tahukah Anda Setiap Lawatan Ke GilerHackers.Com Mendapat Mata? Sila Baca Disini
Log Masuk Menggunakan Salah Satu Akaun Social Network Anda Untuk Komen! (+ 100 Points)
Log Masuk Menggunakan Salah Satu Akaun Social Network Anda Untuk Komen! (+ 100 Points)
comments powered by Disqus