Showing posts with label Panduan Asas. Show all posts
Showing posts with label Panduan Asas. Show all posts

Panduan Asas: Belajar coding untuk Pemula (beginner)

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Lama [GH] tidak menulis artikel didalam topik Panduan Asas, Hari ini kami akan kongsikan laman laman web yang menyediakan perkhidmatan secara percuma untuk anda yang ingin belajar coding atau bahasa pengatucaraan seperti html,php, javascript dan css. ia sangat sesuai kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang ini dan Jadi sebagai Pemula!


1) w3schools
W3schools adalah diantara yang paling popular kerana ia membantu pemula untuk belajar kod dari A sehingga Z.
Semua Anda perlu lakukan adalah hanya pergi ke W3schools dan pilih tutorial yang anda ingin pelajari.
Tiada kemahiran diperlukan.
Anda akan belajar: HTML / CSS (HTML5/CSS3), Javascript, PHP, ASP, XML, AJAX, jQuery


2) Codecademy
Codecademy adalah alternatif yang terbaik selepas W3schools, dengan Codecademy, anda boleh belajar apa-apa bahasa dan memulakan pengaturcaraan dengan cara yang mudah difahami.
Tiada kemahiran diperlukan.
Anda akan belajar: HTML / CSS, PHP, jQuery, JavaScript, Python, Ru


3) Code avengers
ama seperti Codecademy, Code avengers menyediakan menggunakan platform yang mudah dengan cara yang menarik untuk coding dan mendapat pengalaman.Tersedia dengan 3 Tahap yang pengguna perlu lulus untuk menjadi seorang pakar.
Tiada Kemahiran yang diperlukan
Anda akan belajar: HTML / CSS (HTML5/CSS3), JavaScript



4) CodeSchool
CodeSchool mempunyai paparan muka yang sangat cantik dan mudah digunakan
Tiada kemahiran diperlukan.
Bahasa anda akan belajar: HTML / CSS, Ruby on Rails, JavaScript, IOS


5) TeamtreeHouse
TeamtreeHouse hampir serupa dengan codeschool, ia memberikan anda cara mudah untuk belajar bahasa pengatucaraan dengan lebih cepat.
Tiada kemahiran diperlukan.
Bahasa anda akan belajar:  HTML / CSS, IOS, Android, Wordpress

Panduan Asas: Tutorial Ringkas Mengenal .htaccess


Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera,lama tak sambung tentang segmen Panduan Asas, Pernah dengar perkataan .htaccess?
Apa itu file .htaccess?
.htaccess adalah file text sederhana(dalam format ascii). Pada umumnya kita boleh menggunakan file .htaccess untuk mengubah beberapa konfigurasi untuk mengarahkan pada web server apache. File .htaccess boleh diletak pada mana mana folder di website anda. Ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan menggunkan file .htaccess, diantaranya adalah :
  • Mencegah Pegunjung nmelakukan browsing direktori
  • Me-Redirect Pegunjung dari satu halaman atau folder ke halaman atau folder yang lain
  • Perlindungan password pada direktori
  • Mengubah default halaman / index kepada folder tertentu
  • Mencegah hot-linking of images dari website 
Dengan file .htaccess kita dapat melakukan perubahan untuk setiap basic folder,berikut adalah tempat yang biasa diletakan untuk menyimpan file .htaccess :
  • /.htaccess (ditempatkan pada root folder dari website kita)
  • /blog/.htaccess (ditempatkan pada folder content)
  • /blog/images/.htaccess (ditempatkan pada folder gambar)
Perintah yang kita simpan pada file .htaccess akan mempengaruhi folder tempat kita menyimpan file .htaccess berserta sub-foldernya. kita boleh menempatkan file .htaccess pada folder root dan akan menjejaskan pada keseluruhan website. Untuk pembuatan file .htaccess kita boleh  menggunakan texteditor biasa seperti notepad. berikut merupakan beberpa contoh penggunaan .htaccess :

“Allow/Deny” browsing terhadap sebuah folder

Ketika dilakukan browsing pada folder yang belum diberikan file .htaccess, orang yang mengakses sebuah URL dari website anda dimana folder tersebut tanpa halaman index atau tanpa halaman, akan melihat list dari file dan folder yang terdapat di dalamnya. Untuk mencegah perkara perkara seperti akses terhadap folder, anda boleh menggunakan perintah berikut pada file .htaccess :

IndexIgnore */*

Kebanyakan perusahaan penyedia layanan hosting telah melakukan “deny directori browsing” sebagi default. Jika kita perlu untuk melakukan directory browsing, letak perintah berikut pada file .htaccess :

Options +Indexes

Me-Redirect pengunjung dari satu halaman atau folder ke halaman atau folder yang lain:
letak perintah berikut pada file .htaccess pada root folder. “Disarankan untuk menggunakan keyword yang tetap pada perintah agar search enggine mengetahui bahwa link yang lama telah berpindah ke link yang baru”. Kita juga boleh melakukan “multiple redirect” menggunakan .htaccess , berikut perintahnya :

syntax : Redirect permanent [folder lama/nama file][spasi][folder baru/nama file]
  • Redirect permanent /folderlama /folderbaru
  • Redirect permanent /folderlama /sebuahfolder/folderbaru
  • Redirect permanent /filelama.htm /filebaru.htm
  • Redirect permanent /filelama.htm http://domain.com/filebaru.htm

Jika menggunakan perintah diatas pada website, ingat mengganti nama dari file/folder dengan yang file/folder yang akan diarahkan.

Mencegah hot linking of images dari website kita
jika website kita berisi gambar, dimana website lain melakukan link ke gambar kita untuk ditampilkan pada website mereka, maka bandwith kita yang akan berkurang. Untuk mencegah perkara tersebut kita dapat menggunakan perintah seperti berikut :

RewriteEngine on
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^$
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^http://(www.)?nama-domain.com/.*$ [NC]
RewriteRule .(gif|jpg)$ – [F]

pada perintah diatas, ganti nama-domain dengan nama domain anda (tanpa www).

Mencegah akses terhadap file .htaccess
untuk mencegah pengunjung melihat file .htaccess kita, perlu menggunakan perintah dibawah ini pada file .htaccess.

<Files .htaccess>
order allow,deny
deny from all
</Files>

untuk tutorial lengkap anda juga boleh merujuk link disini: http://httpd.apache.org/docs/2.2/howto/htaccess.html

Panduan Membina Blog Sendiri Dengan Wordpress


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada pembaca pembaca di GilerHackers.com! Apa khabar? mulakan hari anda dengan senyuman.Sebagai sebuah blog informasi didalam bahasa melayu,berkongsi tips dan informasi informasi yang menarik sudah menjadi amalan kami ^_^

Dalam artikel ini, [GH] ingin memperkenalkan anda 1 blog yang banyak mengajar dan berkongsi tips kepada mereka yang ingin membina blog sendiri.Apa yang menarik tentang laman binablogdotcomsendiri.com ini ialah semua artikel yang ditulis didalam bahasa melayu, Jadi ianya lebih mudah untuk anda faham bukan?

Jika ilmu itu untuk dikongsi, jadi manfaatkan semua yang ada dengan sebaiknya. di blog Bina Blog Dot Com Sendiri, banyak kaedah kaedah dan tips tips asas berkenaan wordpress.Selain berkongsi tips, Bina Blog Dot Com Sendiri juga memberi  ruangan akses vip dan e-book yang bernilai rm479 secara percuma.Jadi gunakan kelebihan ini untuk mengutip semua ilmu mereka disana!

[GH] juga ada menyertai Bina Blog Dot Com Sendiri, setiap hari kami ada menerima email dari admin Bina Blog Dot Com Sendiri, Secara peribadi, kami sangat berpuas hati dengan setiap perkongsian yang diberikan.Tidak rugi jika anda ingin mencuba.


Jika anda ingin mengetahui info lanjut, jangan segan untuk menghubungi mereka di facebook Bina Blog Dot Com Sendiri Disini.
Semoga artikel yang dikongsi disini mampu memberi manfaat kepada pembaca khasnya rakyat malaysia sendiri...

Panduan Asas: SQL (Structured Query Language)

SQL (disebut "ees-kue-el") membawa maksud Structured Query Language. SQL digunakan untuk melakukan perhubungan dengan pangkalan data. Berdasarkan kepada ANSI (American National Standard Institute), ia merupakan bahasa pengaturcaraan piawai untuk melakukan perhubungan dan komunikasi menerusi pengurusan sistem pangkalan data.

Penyata SQL digunakan untuk melakukan tugasan seperti mengemas kini data dalam pangkalan data, atau memanggil data-data daripadanya. Beberapa jenis pangkalan data yang sering digunakan adalah seperti Oracle, Sybase, Microsoft SQL Server, Access dan Ingres.

Kebanyakan sistem pada hari ini menggunakan SQL sebagai alatan untuk menyimpan data dan maklumat namun setiap satunya mungkin mempunyai sambungan fungsi yang berlainan bergantung kepada keperluan. Setiap sambungan fungsi ini dipanggil dan dilaksanakan dengan penyata SQL tertentu.

Namun penyata yang sering dan biasa digunakan adalah seperti "SELECT", "INSERT", "UPDATE", "DELETE", "CREATE" dan "DROP". Penyata-penyata ini membolehkan kebanyakan tugasan dilakukan kepada pangkalan data.

Dalam tutorial SQL, anda akan didedahkan kepada cara penggunaan, penyata SQL dan langkah-langkah untuk mengadaptasi setiap kod aturcara bagi mencapai data-data daripada pangkalan data.

Apa itu SQL

  • SQL adalah akronim untuk Strcutured Query Language
  • SQL membenarkan anda mencapai pangkalan data.
  • SQL adalah ANSI standard.

Apa yang SQL boleh lakukan?

  • SQL boleh memproses arahan terdapat pangkalan data
  • SQL boleh mengambil data dari pangkalan data
  • SQL boleh memasukkan data ke dalam pangkalan data
  • SQL boleh mengubah data dalam pangkalan data
  • SQL boleh memadam data dalam pangkalan data
  • SQL boleh membuat pangkalan data yang baru
  • SQL boleh membuat jadual baru dalam pangkalan data.
  • SQL boleh menyimpan set-set arahan dalam pangkalan data.
  • SQL boleh membuat 'view' untuk pangkalan data.
  • SQL boleh membenarkan sebahagian pengguna sahaja yang dapat melihat pangkalan data.

SQL dan Laman Web Anda

  1. Untuk membina laman web yang mempunyai pangkalan data, anda memerlukan RDBMS seperti (Ms Access, SQL Server, MySQL)
  2. Bahasa pengaturcaraan seperti PHP dan ASP
  3. SQL
  4. HTML/CSS

Panduan Asas: Apa Itu Html


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca pembaca di gilerhackers!
Bermula dari hari ini, [GH] memperkenalkan 1 segmen baru yang diberi nama "Panduan Asas" dimana kami mengumpul artikel artikel basis sahaja sebagai panduan dan pembelajaran  terutama untuk mereka yang baru berjinak jinak didalam bidang it seperti kami.

Kita biasa mendengar perkataan HTML, PHP, ASP, HTM dan sebagainya, apa itu? okey buat pertama sekali [GH] akan terangkan apa itu HTML.

HTML adalah bahasa pengaturcaraan bagi membina sesebuah lama web. HTML adalah bahasa termudah dan asas kepada membangunkan laman web. Oleh tu pengetahuan asas dalam HTML akan membantu anda untuk memahami bahasa pengaturcaraan yang lebih sukar seperti PHP, ASP dan JavaScript
" HTML adalah bahasa aturcara klasik yang sampai ke hari ini digunakan oleh semua pelantar "
HTML ada singkatan daripada akronim Hyper Text Markup Language. HTML ditulis dalam text file dan ia merupakan bahasa pengaturaan yang tidak memerlukan kompiler untuk mengkompil. Ianya terus dapat dibaca oleh Web Browser.Oleh hal yang demikian, HTML boleh ditulis dengan menggunakan perisian yang paling ringkas iaitu Notepad.

Walau bagaimana pun terdapat editor WYSIWYG, ("What You See Is What You Get"), tidak memerlukan kemahiran dalam bahasa HTML kerana proses pembangunan di buat dalam bentuk gambar bukannya tulis. Contohnya DreamWeaver dan Frontpage.

Pengetahuan dalam bahasa HTML akan dapat memudahkan anda memahami sesuatu pengaturcaraan dan menjimatkan masa untuk anda mengubahsuai sesuatu laman web. Ini kerana sebarang kod pengaturcaraan memerlukan HTML sebagai pelantar kepada paparan satu-satu laman.

Secara ringkasnya pembelajaran Html Sesuai untuk pemula.Jika anda ingin berkongsi tips dan maklumat bersama rakan rakan dan pembaca gilerhackers, anda boleh sertai kami di group GilerHackers member disini.
 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif