Panduan Asas: Apa Itu Html

File Under:

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca pembaca di gilerhackers!
Bermula dari hari ini, [GH] memperkenalkan 1 segmen baru yang diberi nama "Panduan Asas" dimana kami mengumpul artikel artikel basis sahaja sebagai panduan dan pembelajaran  terutama untuk mereka yang baru berjinak jinak didalam bidang it seperti kami.

Kita biasa mendengar perkataan HTML, PHP, ASP, HTM dan sebagainya, apa itu? okey buat pertama sekali [GH] akan terangkan apa itu HTML.

HTML adalah bahasa pengaturcaraan bagi membina sesebuah lama web. HTML adalah bahasa termudah dan asas kepada membangunkan laman web. Oleh tu pengetahuan asas dalam HTML akan membantu anda untuk memahami bahasa pengaturcaraan yang lebih sukar seperti PHP, ASP dan JavaScript
" HTML adalah bahasa aturcara klasik yang sampai ke hari ini digunakan oleh semua pelantar "
HTML ada singkatan daripada akronim Hyper Text Markup Language. HTML ditulis dalam text file dan ia merupakan bahasa pengaturaan yang tidak memerlukan kompiler untuk mengkompil. Ianya terus dapat dibaca oleh Web Browser.Oleh hal yang demikian, HTML boleh ditulis dengan menggunakan perisian yang paling ringkas iaitu Notepad.

Walau bagaimana pun terdapat editor WYSIWYG, ("What You See Is What You Get"), tidak memerlukan kemahiran dalam bahasa HTML kerana proses pembangunan di buat dalam bentuk gambar bukannya tulis. Contohnya DreamWeaver dan Frontpage.

Pengetahuan dalam bahasa HTML akan dapat memudahkan anda memahami sesuatu pengaturcaraan dan menjimatkan masa untuk anda mengubahsuai sesuatu laman web. Ini kerana sebarang kod pengaturcaraan memerlukan HTML sebagai pelantar kepada paparan satu-satu laman.

Secara ringkasnya pembelajaran Html Sesuai untuk pemula.Jika anda ingin berkongsi tips dan maklumat bersama rakan rakan dan pembaca gilerhackers, anda boleh sertai kami di group GilerHackers member disini.

Author: Bukhari Malek
Panduan Asas: Apa Itu Html di postkan oleh: Bukhari Malek
Jika anda berminat untuk berkongsi artikel dengan kami,hantarkan artikel menarik anda ke gilerhackers@gmail.com

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif