Showing posts with label sofea hana. Show all posts
Showing posts with label sofea hana. Show all posts

Selepas Laman Web, Facebook Pula Digodam


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.Selepas mengemparkan artikel gilerhackers dengan berita berita pencerobohan beberapa laman rasmi UMNO,sofea hana menyelinap kedalam facebook pula.
Beberapa pengguna laman social terkenal facebook,digodam sofea hana,setiap akaun yang digodam akan ditukar gambar profile seperti gambar diatas.

diantara akaun facebook yang diceroboh setakat ini:
https://www.facebook.com/syazwan.iwan.7311
https://www.facebook.com/aina.ainath
https://www.facebook.com/nur.i.jannah.7
https://www.facebook.com/aqil.hakimi.581
https://www.facebook.com/profile.php?id=100004215372458
https://www.facebook.com/wanfamieza.najwa#
https://www.facebook.com/aniq.nuqman
http://www.facebook.com/MieyraMilZie
https://www.facebook.com/zaidi.ahmad.794
https://www.facebook.com/profile.php?id=100000508357217
https://www.facebook.com/lanpetpot
https://www.facebook.com/iera.masfirah
https://www.facebook.com/amer.haris.77
https://www.facebook.com/asyraf.nakal.9
http://www.facebook.com/faiz.fazz.56#
https://www.facebook.com/ainy.nadiyah
https://www.facebook.com/yusofflutfi
http://www.facebook.com/nabil.zainol.71
https://www.facebook.com/fatin.sakinah.58
https://www.facebook.com/jarjit.singh.7798
https://www.facebook.com/faz.yusra
https://www.facebook.com/syazwan.iwan.7311?ref=tn_tnmn&success=1
https://www.facebook.com/syawal.khamis?ref=tn_tnmn
https://www.facebook.com/rizuancom
https://www.facebook.com/paan.farhan.75
https://www.facebook.com/PrinceCh0colate
https://www.facebook.com/paan.numb
https://www.facebook.com/hafiqrafiqi
https://www.facebook.com/zeroxzarul
https://www.facebook.com/mohd.tushie
https://www.facebook.com/merc.fitlonsdale

Selain penukaran gambar profile, penggodam juga membuat satu posting berupa mesej seperti gambar dibawah:

Tiada maklumat lanjut dilaporkan setakat ini, kami akan cuba menyusul isu "sofea Hana" dari masa ke semasa.

Lagi Laman Rasmi Umno Digodam


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan rakan yang sentiasa menjadikan [GH] sebagai sumber informasi siber anda!Semalam kami menerima lagi berita berkaitan sofea hana, Seperti yang anda ketahui, Sofea hana kebanyakannya melakukan sesi hijack keatas laman web tertentu yang berunsur politik sahaja.dan ini menunjukan beliau mempunyai tujuan dan matlamat sendiri kenapa sesuatu serangan itu dilakukan.

Mengikut laporan, beberapa laman rasmi UMNO digodam oleh sofea hana.
dibawah adalah senarai yang digodam.
http://www.watanharian.my/
http://www.wanitaumno.my/
http://www.kelab-umno.com/
http://www.umno-online.my/wp-content/gallery/fea.html
http://pemudaumno.org.my/wp-content/gallery/fea.html
Mirror:
http://zone-hc.com/archive/mirror/e0cf4b5_pemudaumno.org.my_mirror_.html
http://zone-hc.com/archive/mirror/fadb955_umno-online.my_mirror_.html
http://zone-hc.com/archive/mirror/05f1207_kelab-umno.com_mirror_.html
http://zone-hc.com/archive/mirror/575fa17_wanitaumno.my_mirror_.html
http://zone-hc.com/archive/mirror/95d28d8_watanharian.my_mirror_.html

Pada tahun 2012 kenahack.com juga pernah melaporkan tentang laman web UMNO digodam dan data kesemua ahli dicuri.

Kami di [GH] akan cuba mencari lebih banyak berita pada masa akan datang untuk disajikan kepada anda.dan kami juga akan membuat pengambilan beberapa ahli rasmi sebagai crew khasnya untuk berita berita berkaitan jenayah siber.

Teruskan bersama kami di facebook GilerHackers untuk lebih infomasi.

Sofea Hana Kembali Serang Laman Web Kerajaan


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Setelah sekian lama sofea hana menyepi, terbaru kami menerima email dari anonymous yang mengatakan sofea hana sekali lagi melakukan serangan dan menuntut beberapa perkara pada defacement beliau.email yang kami terima sekitar pada pukul 5 petang tadi,oleh kerana terlalu banyak email yang masuk, kami memohon maaf diatas sedikit kelewatan untuk menyiarkan artikel ini.

Ini adalah diantara mesej yang dipaparkan pada defacement:
"Semalam bermula satu kegilaan, kami melihat kamu mengheret orang yang bercakap demi keadilan dibelakang tiang tiang besi, diiringi oleh penguatkuasa yang patut lindungi kami.

Kami cuba menamatkan kegilaan di Malaysia dengan dakwat dan kertas, tapi ada sesetengah pihak yang tak kenal harga darah dan air mata, moga mereka ada cukup untuk membayar harga ini kemudian hari.

kini kami akan menentang. sedikit demi sedikit. kami akan timpakan kamu dengan balasan yang setimpal. kami akan pastikan keadilan akan terlaksana. kami akan mula di alam maya. kami akan turun dan pastikan. kamu tidak terlepas. ini bukan amaran dan kami harap mesej kami jelas."

PESANAN BUAT SPR! KAMU TIPU PILIHANRAYA KAMI TUNTUT DI JALANRAYA!

Rakyat Prihatin,
Sofea Hana.
Perjalanan Dunia Menuju Abadi

Laman web yang digodam:
http://btpnperlis.moe.edu.my/fea/
http://www.jsis.jpm.my/
http://www.zone-h.org/mirror/id/19711470
http://zone-hc.com/archive/mirror/b824650_jsis.jpm.my_mirror_.html

Tiada maklumat lebih terperinci dilaporkan,sekali lagi kami berterima kasih diatas sokongan dan info yang dikongsi kepada kami.

GODAM LAMAN WEB MILIK KERAJAAN, DUA LELAKI DITAHAN



Kuala Lumpur, 2 Mei - Polis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki menggodam dua laman web milik kerajaan, dalam satu serbuan di sebuah hotel di Jalan Raja Laut, di sini, Selasa lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata dua laman web yang digodam suspek itu ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JPM), yang masing-masing membuat laporan pada 27 Dis 2012 dan 18 Feb lepas.

Katanya suspek pertama berusia 33 tahun, merupakan usahawan manakala rakannya, 28, seorang pakar komputer.

"Laporan berkenaan dibuat oleh pegawai JPN bahagian kad pengenalan yang mendakwa satu surat palsu dihantar kepada beberapa cawangan JPN di seluruh negara mengarahkan semua kad pengenalan MyKad dan MyKid yang tidak dituntut dalam tempoh 18 bulan, dihantar ke sebuah alamat di Keningau, Sabah untuk perhatian seseorang.

"Arahan itu dikeluarkan menerusi e-mel, katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, hari ini.

Syed Ismail berkata suspek turut disyaki terlibat menggodam sistem komputer JPM, dan polis telah menerima laporan daripada JPM, mengatakan bahawa sistem e-Akhbar dan e-Press digodam pihak tidak bertanggungjawab.

"Mereka mempunyai kemahiran terperinci menggodam dan polis menyiasat laporan itu mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997, dan kita percaya suspek dapat membantu siasatan.

"Antara barangan milik suspek yang dirampas ialah empat komputer riba, tiga telefon bimbit, cakera keras luaran, pemacu luaran," katanya sambil menambah suspek kini ditahan reman sehingga Sabtu ini bagi meneruskan siasatan. - BERNAMA
Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia

Identiti Sofea Hana Akhirnya Terdedah!

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Berikutan kes Godam beberapa laman sesawang kerajaan "Sofea Hana" akhirnya dapat dijejaki pihak berkuasa.


KUALA LUMPUR: Perbuatan menggodam laman web Jabatan Penerangan semalam, dipercayai didalangi individu dikenali sebagai `Sofea Hana’ yang dikatakan seorang wanita berusia 20-an dengan agenda anti-kerajaan kerana kecenderungannya yang sering menggodam laman kerajaan sejak awal tahun lalu.

Penggodam yang juga dikatakan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu dikatakan pernah menceroboh laman seperti Jabatan Kehakiman, Parlimen, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kegiatan Sofea ini didedahkan oleh seorang daripada penggodam yang aktif dan popular di dunia siber tanah air, Prince Zorro.

Menurut Prince Zoro, Sofea telah menggodam lebih 10 laman kerajaan setakat ini dan dijangka akan meneruskan perbuatannya jika pihak kerajaan tidak meningkatkan tahap keselamatan siber.


“Di kalangan komuniti penggodam tempatan, Sofea sememangnya dikenali kerana mempunyai kepakaran tinggi dan diketahui mempunyai sentimen anti-kerajaan yang kuat. Justeru, dia akan meneruskan perbuatannya selagi tidak dibendung,” katanya ketika dihubungi semalam.


Katanya, lebih membimbangkan hampir kesemua laman agensi kerajaan amat mudah untuk diceroboh memandangkan sistem keselamatan yang longgar termasuk kecenderungan penggunaan kata laluan yang sama oleh pentadbir laman kerajaan.

“Sofea menggunakan kebolehannya mendapatkan kata laluan untuk menceroboh laman terbabit menggunakan akaun pentadbir dan memasukkan apa saja program yang diingini, malah dia boleh mengubah keseluruhan reka bentuk laman berkenaan jika dia mahu,” jelasnya.

Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos ketika dihubungi berkata kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Saya jamin polis akan dapat mengesan suspek walaupun dia menggunakan identiti palsu atau cuba menyembunyikan alamat Internet Protocol (IP) kerana kita ada kaedah tertentu untuk menjejak suspek,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, dua kenyataan palsu disiarkan dalam sistem e-Akhbar dan e-Press laman web Jabatan Penerangan bertajuk 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan'.

Sumber Dari Harian Metro

GH sebagai rakyat malaysia berbangga kerana polis dimalaysia sememangnya cepat dan pantas didalam menguruskan kerja kerja mereka.Jadi tidak dinafikan kenapa polis di Malaysia di iktiraf dunia pada hari ini.

Susulan isu GODAM "penipuan perdana menteri letak jawatan"


Assalamualaiikum,dan selamat sejahtera. sebelum ini GH pernah menulis artikel berkaitan Laman Rasmi e-Penerangan Digodam "sofea hana". Isu ini benar benar menjadi hanggat selepas mendapat perhatian beberapa akhbar tempatan dan antarabangsa!

Terbaru, Mengikut sumber dari  salah satu akhbar tempatan, Isu tentang Penipuan Dato Sri Najib meletak jawatan menjelaskan bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan mana mana kenyataan berkaitan tersebut dan ia adalah salah satu daripada perilaku Jenayah Siber!.Mengikut kenyataan,Siasatan mengesan alamat IP yang digunakan penggodam bukanlah dari Malaysia.
"Kami telah menjejaki alamat IP dan ia bukan alamat tempatan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Putrajaya hari ini.
"Ia adalah asing, tetapi saya tidak akan menyebut negara ini kerana kami percaya penggodam boleh membuat perebutan alamat IP mereka.
Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah menyedari serangan dan telah memulakan siasatan.
"Kami juga telah memaklumkan kepada Jabatan Perdana Menteri," kata Ibrahim, yang menyifatkan serangan siber sebagai "langkah terdesak" oleh pihak-pihak tertentu untuk mencemarkan reputasi kerajaan dan jabatan.
"Ia seolah-olah bahawa sejak kebelakangan ini, ada telah serangan terhadap laman web kerajaan walaupun ini adalah kali pertama bahawa sistem e-Akhbar dan e-Press telah digodam," katanya
Dimaklumkan juga pihak mereka akan mencari dan memperkuatkan sistem keselamatan laman sesawang mereka. - Thesundaily

GH berharap selepas ini pihak yang terlibat mengambi lebih berat terhadap sistem keselamatan mereka lebih lebih lagi website yang penting seperti ini dan berharap kejadian sebegini tidak berulang lagi.

Jika anda mempunyai berita yang ingin dilaporan kepada kami, sila emailkan kepada gilerhackers@gmail.com

Laman Rasmi E-Penerangan Sekali Lagi Digodam Sofea Hana!


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca GH. Pagi ini kami dikejutkan lagi dengan Portal Rasri Laman Akhbar E-Penerangan Kerajaan Malaysia di godam dengan Sofea Hana. Nampaknya Sofea Hana benar-benar bertekad ingin menyampaikan mesej memo yang yang kita boleh lihat pada defacement pada yang lepas. click sini 


Laman rasmi Parlimen Malaysia digodam Sofea Hana!


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Berita terbaru! Penggodam yang dikenali dengan nama Sofea Hana sekali lagi menyerang laman sesawang milik kerjaan malaysia.kali ini laman Parlimen.gov.my pula dijadikan sasaran!
sebelum ini [GH] pernah menulis artikel mengenai sofea hana menggodam beberapa laman sesawang kerajaan malaysia. [baca disini]

Link defacemnet: http://www.parlimen.gov.my/images/
Mirror: http://zone-h.org/mirror/id/19337101

GH berharap selepas ini webmaster lebih peka dan memandang ianya sebagai perkara penting lebih lebih lagi berkenaan dengan laman sesawang milik kerajaan malaysia sendiri.

jika anda mempunyai sebarang maklumat, sila email kepada kami di gilerhackers@gmail.com

Kehakiman.gov.my digodam Sofea Hana



Selepas laman Jabatan Agama islam wilayan persekutuan dan laman Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung digodam Minggu lepas, kini laman sesawang Kehakiman turut menjadi sasaran penggodam yang menggelarkan dirinya sebangai Sofea Hana.


 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif