Hacker Indonesia Lancar #Op Malaysia


Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera.
Kami menerima berita melalui mesej difacebook kami.Mengikut maklumat yang disampaikan, Kini segelintir pengodam penggodam indonesia melancarkan Operasi Malaysia #Op Malaysia.

Motif serangan dilakukan tidak diketahui.Melalui mesej yang disampaikan penggodam pada defacement mereka,terdapat beberapa unsur yang menyababkan tercetusnya #Op malaysia kali ini.

dibawah adalah mesej yang mereka tinggalkan pada defacement:
" Dear Malayshit Lamers", " this is play back against malaysia Lamers", " Dulu kalian rampas pulau kami.", " Kalian rampas kebudayaan kami", " Sekarang kalian hina negara kami.", " ", " This is #Op Malaysia", " Indonesian Cyber Army",


Diantara laman sesawang Malaysia yang diserang setakat ini:
http://www.hit.net.my
http://techone.my
http://blogger.my

Tiada maklumat lanjut berkenaan #Op Malaysia yang dimaklumkan secara sah kepada kami setakat ini,Kami akan cuba menghubungi beberapa penggodam dari Indonesia untuk kepastian atau berita penuh.Jangan lupa sertai kami di Facebook GilerHackers Sekarang!

COMODO Internet Security 6.2.282872.2847

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pada warga GilerHackers! Kali ini saya ini saya ingin mengongsikan satu perisian keselamatan. Percuma sepenuhnya demi keselamatan komputer anda.




Comodo Internet Security adalah percuma, aplikasi keselamatan berganda yang menghalang penceroboh (hacker) keluar masuk dari memiliki maklumat peribadi. Dibina dari bawah ke atas demi keselamatan pengguna, Internet Security menawarkan keseluruhan penjagaan dengan mengabungkan kekuatan Antivirus, yang dilengkapi penapisan firewall, dan juga penghalangan pencerobohan pengguna dan automatic sandboxing dimana akan menyingkirkan fail yang tidak dikenalpasti. Tidak seperti sesetengah perisian yang perlu dibayar, perisian ini ditawarkan sepenuhnya percuma dan fungsi yang lengkap.

Peranan utama Comodo Internet Security:
  • Antivirus: Menjejak dan membuang sebarang malware yang bersembunyi dalam PC.
  • Anti-Spyware: Mengesan risiko spyware dan mencegahnya.
  • Anti-Rootkit: Kesan, jejak dan membuang rootkits dalam komputer.
  • Bot Protection: Menghalang sebarang perisian yang menyebabkan PC berkelakuan sendiri seperti zombie.
  • Defense+: Melindungi fail sistem kritikal dan mencegah malware sebelum ia ditetapkan.
  • Auto Sandbox Technology™: Menjalankan fail yang tidak dikenalpasti dalam persekitaran lain dimana fail yang kemungkinan boleh menyebabkan kerosakkan pada komputer sebelum dikenalpasti.
  • Memory Firewall: Perlindungan dari serangan buffer overflow.
  • Anti-Malware: Membuang proses yang berkemungkinan boleh merosakkan sistem.
Muat Turun: Comodo Internet Security | 142.0 MB (Freeware)

Bantah! Godam 2 Kumplan Syiah Aktif Di Facebook

Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera kepada Semua pembaca di GilerHackers.
Aktiviti Syiah sejak kebelakangan ini menjadi perhatian banyak media.Kegiatan mereka sangat meluas, tidak terkecuali juga di laman social seperti facebook.

Apa yang ingin [GH] maklumkan disini mengenai 2 Group Syiah difacebook yang aktif  menimbulkan isu panas semenjak kebelakangan ini digodam!

Screenshot group yang telah di ambil alih:


Sebelum akaun pemilik Group di rampas, mereka melakukan aktiviti spaming untuk melumpuhkan Group tersebut.


Mengikut sumber maklumat yang dilaporkan pada kami.Rampasan dibuat bertujuan membantah aktiviti syiah di Malaysia.Sebelum ini kumpulan yang sama juga pernah menggodam Group Murtad in Malaysia & Singapore. Barisan Pentadbir Group  tersebut juga ditukar bertujuan melenyapkan terus akaun mereka dari laman facebook.

Ketika artikel ini ditulis, mereka sedang bertungkus lumus memadam semua ahli ahli didalam group tersebut.
Link group yang digodam:
1- Syiah Sebenar-Benarnya Ahlussunnah Rasulullah Saw
2- Mengapa saya Syiah? Why I became Shi'a?

Reaksi dari pentadbir asal Group Syiah, GilerHackers..... Peace Yow!


Elakan Spam Pada Komen Dengan Growmap Anti Spambot


Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera.
SPAM? Rasanya tak perlu diterangkan lagi mengenainya..
Ia sentiasa berlaku akibat dari penyalahgunaan alamat email dan juga terjadi pada bahagian komen blog. Untuk WordPress, ada satu langkah mudah mengelakkan SPAM autobot yang menyerang pemilik blog berasaskan WordPress. Ini memastikan komen yang dihantar adalah dari manusia yang perlu menaip secara manual dan bukan dari autobot.

Kami Cadangkan anda menggunakan Plugin Growmap Anti Spambot.Ia sangat mudah digunakan dan tidak membebankan pelawat sperti Captcha.Dengan Growmap Anti Spambot, pelawat hanya perlu tick/tanda pada kotak untuk meinggalkan komen.Ia dijana melalui JavaScript yang ditetap bagi mengelakan dilihat oleh bots, ianya 99% bebas dari semua jenis bot spam.

Screenshot:


Check Box secara automatik diperiksa sebelum komen dikemukakan.Jadi tidak ada yang komen akan hilang jika ia dikemukakan oleh pengguna manusia yang sah (bukan bots).Muat turun Plugin Growmap Anti Spambot melalui button download dibawah.

Download Growmap Anti Spambot Plugin

Jika anda mempunyai masalah ketika memasang Plugin ini atau ia tidak berfungsi, sila rujuk Artikel disini: Growmap Anti Spambot Plugin Tidak Berfungsi. [GH] berharap sedikit sebanyak perkongsian ini memberi manfaat buat pembaca..

Anonghost Serang Portal Edu.my


Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera.
Kami di maklumkan dengan berita beberapa laman edu.my Malaysia diserang kumpulan Anonghost! Sebelum ini [GH] pernah menulis beberapa artikel berkaitan mereka.Pada serangan kali ini,portal rasmi Allianze University College Of Medical Sciences (AUCMS) juga turut terjejas.

Dibawah adalah screen shot Shell (fail php) yang dimuat naik pada laman yang digodam:


Ke semua laman yang digodam dipercayai terletak dibawah 1 server yang sama.diantaranya ialah:
http://allianceunicollege.edu.my/
http://allianceuniversity.edu.my/
http://allianzecollege.com.my/
http://allianzecollege.edu.my/
http://allianzeucollege.edu.my/
http://allianzeunicollege.edu.my/
http://allianzeunivcollege.edu.my/
http://allianzeuniversity.com.my/
Mirror: http://zone-h.org/archive/notifier=ManSyk3z


Mesej yang sama disampaikan pada lampiran defacement:
To All Governments of the World,We are watching you , we can see what you're doing , we control you , we are everywhere.
Rememeber this, The people you're trying to step on, we are everyone you depend on. We are the
people who do your laundry and cook your food and serve your dinner. We make your bed. We guard
you while you are sleeping. We drive the ambulances. We direct your calls. We are cooks and taxi
drivers, we are everyone you come into contact with on a daily basis. We know everything aboutyou.
We process your insurance claims and credit card charges. We control every part of your life.
Together we stand against the injustice of corrupt Governments.
We are anonymous. We are Legion.United as ONE. Divided by zero.
We do not forgive Injustice.We do not forget Oppression.
Governments of the World...
"We are AnonGhost, We are legion, We do not forgive, We do not forget, Expect us."

Ketika dihubungi, mereka mengatakan kelemahan pada salah satu components joomla yang membuatkan ianya terjejas sambil memberi peringatan terhadap keselamatan laman sesawang di malaysia.

We Are Legion: Dokumentari tentang Hacktivists

We Are Legion:
Dokumentari tentang Hacktivists adalah dokumentari yang membawa kita di dalam dunia Anonymous, radikal "hacktivist" kolektif yang telah ditakrifkan semula keingkaran awam untuk era digital. Filem ini meneroka akar sejarah kumpulan hacktivist awal seperti Cult of the Dead Cow dan Electronic Disturbance kemudian berikut perseorangan dari 4chan kepada pergerakan besar-besaran dengan jangkauan global, salah satu yang paling transformatif masa kita

Tonton Secara Online:

Download Movie Secara percuma dibawah:

Red Bean Army Jejaskan Keselamatan Dan Kestabilan Negara

Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera.
Apa khabar pembaca di [GH].Kami menerima pelbagai pertanyaan berkenaan sebuah kumpulan penggodam bergelar " Red bean Army " atau tentera kacang merah.Ramai dikalangan blogger blogger politik mula memainakan isu ini.namun kami di [GH] hanya mengulas secara peribadi apa yang kami tahu tentang Red Bean Army mengikut sumber kajian di alam maya.

screen shot dari fanpage Red Bean Army: www.facebook.com/rba.gov.my

Secara Umumnya, Red Bean Army adalah kumpulan penggodam yang lebih kepada Dunia Politik,kewujudan mereka katanya boleh menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara berkaitan beberapa aktiviti mereka di alam siber yang menentang kerajaan BN (barisan nasional).

Red Bean Army didakwa ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta dibayar gaji tetap sebanyak RM3,000 sebulan sejak enam tahun lalu.

Beberapa akhbar tempatan melaporkan berita mengenai Red Bean Army adalah tentera siber yang dipercayai ditaja oleh DAP yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mesra BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube.


Sementara Itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata beliau hanya mengetahui istilah Red Bean Army (RBA) daripada akhbar Umno, Utusan Malaysia beberapa hari lalu, yang didakwa dimiliki partinya dengan kos sebanyak RM15 juta setahun.

“Semua ini adalah cerita dongeng zaman moden tanpa setitik kebenaran di dalamnya. Saya tak pernah dengar istilah itu sebelum ini,” kata Lim dalam satu kenyataan.

RBA adalah satu istilah yang digunakan oleh Utusan merujuk kepada sekumpulan cybertrooper yang digaji khas untuk menyerang komen-komen yang menyebelahi BN di laman sosial media.

Akhbar itu turut mendakwa pasukan itu telah wujud selama 6 tahun. New Straits Times pula mendakwa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggunakan RBA untuk menanam sifat kebencian.

Lim turut menyindir ketangkasan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam memberikan respons dalam cerita dongeng yang didendangkan Utusan.

Kesimpulannya? Apa itu Red Bean Army?

Anonymous mahu kegiatan eksploitasi kanak-kanak didedahkan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pada warga GilerHackers! Kali ini saya ini bercerita pasal kegiatan Anonymous Hacker yang semestinya kebiasaan kedengaran di alam maya ini.



Video yang dimasukkan pada lama Youtube oleh sekumpulan yang dipanggil Anonymous telah berjaya mengambil perhatian pihak ramai di alam siber, telah membongkar kegiatan dua lelaki yang didakwa cuba menjerat gadis pada laman sesawang sosial.

Dalam video yang dimasukkan pada Jumaat lepas, anggota Anonymous telah menerangkan kegiatan yang berlaku di area Edmonton dimana tertangkapnya dua lelaki yang didakwa cuba menjerat gadis lingkungan 13 hingga 14 tahun untuk seks.

Hacker juga mendakwa telah menelefon pihak polis Edmonton dan memberitahu lokasi yang didakwa akan berlaku pertemuan antara si pemangsa dengan mangsa, tetapi pihak polis tidak mengendahkan panggilan tersebut. "There has been no reply. This is unacceptable. Together, we must act, and we must act swiftly to protect our children. For your benefit, we will begin to reveal the identities of the people that were identified," itu yang dinyatakan dalam video tersebut.



Dalam video ini telah memaparkan identiti si pelaku segala maklumat peribadi termasuklah nama , tempat bekerja dan juga gambar - gambar yang dapat dibuatkan sebagai bukti. Oleh itu pihak polis dapat menggunakan maklumat ini sebagai bukti penyiasatan.

Kumpulan ini juga mendedahkan nama dan maklumat peribadi seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes kematian seorang remaja di Port Coquitlam iaitu Amanda Todd.

Nota kaki: Kegiatan Anonymous yang berlaku di luar negara kebanyakkan atas prihatin pada kes-kes yang menyebabkan sifat kemanusiaan yang mendorong kita membuka mata apa yang berlaku pada keadaan semasa.

Bypass iPhone iOS 7 LOCK SCREEN Vulnerability


Assalamualaikum dan selamat sejahtera [GH] ucapkan kepada semua pembaca. Baru-baru ini Apple telah melancarkan 1 lagi versi iOS yang terbaru iaitu iOS7 di WWCD 2013. 

Dan selepas 48 jam pelancaran iOS7 itu, seorang pengguna iPhone bernama Jose Rodriguez telah berjaya memintas skrin kunci untuk mengakses aplikasi Photos dalam beberapa saat.

iOS sangat terkenal dengan 'lockscreen security bugs' yang membolehkan sesiapa sahaja memintas kod laluan pada peranti untuk mengakses maklumat yang berkemungkinan adalah rahsia. Video dibawah menunjukkan bagaimana untuk sepenuhnya memintas perlindungan kata laluan iPhone dengan mengakses kalkulator yang ada pada skrin kunci. 



"Dengan membuka Bilik Kawalan iOS dan mengakses aplikasi kalkulator telefon sebelum membuka kamera telefon sesiapa sahaja boleh mengakses, memadam, e-mel, memuat naik atau tweet gambar yang ada dalam peranti itu tanpa mengetahui kod laluan."

#Op islam VS #Op israel reloaded! Hacker Israel mula Tunjuk Taring!


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera!
Terima kasih kerana memilih [GH] sebagai blog informasi anda.Baru baru ini, sebuah operasi (op) dilancarkan secara besar besaran oleh beberapa kumpulan pengodam dunia.Ini adalah lain dari yang lain kerana pengodam pengodam israel mula tunjuk taring dengan melakukan #Op terhadap penggodam islam!
Ini adalah peperangan Pengodam menentang Pengodam.

Video rasmi untuk # OpIslam dikeluarkan di youtube di mana penggodam menyatakan bahawa mereka akan melancarkan serangan siber di Web Islam pada 26 Julai 2013.Selepas itu Salah satu kumpulan penggodam islam "Anonghost" melancarkan operasi #OpIsrael-Reloaded bertujuan menyerang laman web israel.

Israel mengalami banyak kerugian kerana serangan yang dilakukan penggodam seluruh dunia baru baru ini mungkin menyebabkan barisan Askar siber israel mula tunjuk taring untuk membalas serangan .

Diantara sasaran awal yang dituju keatas beberapa kumpulan penggodam islam ialah:
  • Anonymous
  • AnonGhost
  • Pasukan Hacker Mauritania
  • Ajax Team
  • MLA
  • Maghribi Hackerz
  • Gaza Hacker Team & Gaza Pasukan Keselamatan
  • Anonymous Syria
  • ZHC
  • Tentera Hacker
  • X-Blackerz Inc
  • Anonymous Algeria



Kumpulan Anonghost turut menyampaikan amaran kepada penggodam israel yang dimuat naik di laman youtube:


Ini Pula video #Ops islam yang dilancarkan oleh penggodam israel:


Ia menjadi lebih huru hara selepas Kumpulan Anonghost menyerang beberapa laman web israel,kami akan cuba menghubungi ahli kumpulan Anonghost dari malaysia untuk berita terkini.Pastikan anda like facebook GilerHackers untuk maklumat lanjut.

Rujukan Tambahan: hackers News Bulletin

Update:
#Op israel reloded
192 email account hacked by Anonghost! lihat semua senarai yang bocor disini [+link]
 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif