Giler! hackers sedunia sepakat godam myanmar.

Terbaru berita mengenai Op Myanmar dapat perhatian dari akhbar tempatan malaysia!

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan Myanmar menganiaya umat Islam etnik Rohingya di negara itu sehingga ramai terbunuh mendorong kumpulan penggodam dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Pakistan, Turki, Bangladesh, Arab Saudi dan negara Islam lain yang menggelar diri mereka Anonymous menyerang laman web kerajaan Myanmar.
Serangan itu dilakukan termasuk meninggalkan mesej tanda tidak menyokong perbuatan itu menerusi laman web kerajaan Myanmar sebagai memprotes dan menunjukkan sikap tidak puas hati Anonymous.

Jurucakap penggodam dari Malaysia yang mahu dikenali sebagai Mydefacer berkata, tindakan menggodam itu menyerang laman web itu dilakukan sebagai bantahan supaya serangan terhadap umat Islam Rohingya dihentikan.
“Rata-rata kumpulan itu membantah perbuatan kerajaan Myanmar yang hanya berdiam diri dan menutup kes pembunuhan umat Islam begitu saja selain mengeluarkan pendapat melalui defacement yang diletakkan di laman web berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, kumpulan itu juga berbuat demikian untuk menyatakan betapa ramai yang cuba menyerang Myanmar bukan saja melalui media massa, peperangan tapi juga sistem teknologi.
“Pihak Mydefacer turut membuat analisis dan mendapatkan pandangan penggemar IT di Malaysia dengan kerjasama Malaysian Cyber Conference (MCC). Rata- ratanya menyokong tindakan menyerang laman web kerajaan berkenaan.

“Malah, kumpulan penggodam itu turut menjalankan operasi dikenali ‘#Op Myanmar’ dan menyediakan software “Denial of Service’ atau DDoS kepada penggodam yang kurang mahir,” katanya.
Jurucakap itu berkata, pada 10 Ogos depan, Anonymous seluruh dunia termasuk Malaysia akan menyerang laman web kerajaan Myanmar secara besar-besaran.

Mydefacer mendakwa, kumpulan penggodam seperti Dragonforce, RileksCrew, Dotmy Team , Phantom Crew, Kelantan Hacking Crew dan pelbagai kumpulan lagi dari Malaysia akan turut menyertai serangan itu.

baca berita dari mymetro klik disini
baca berita dari mydefacer klik disini

Author: Perantau Senja
Giler! hackers sedunia sepakat godam myanmar. di postkan oleh: Perantau Senja
Jika anda berminat untuk berkongsi artikel dengan kami,hantarkan artikel menarik anda ke gilerhackers@gmail.com

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif