Showing posts with label Dragon Foce. Show all posts
Showing posts with label Dragon Foce. Show all posts

Amaran! Naga sudah bangun.

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera, Naga a.k.a Dragon Force wake up?
Dragon Force,Jika bercerita mengenai dragon force atau juga digelar naga paksa, mereka bukanlah nama asing didunia hacking.mereka juga diatara nama nama besar seperti Rilekscrew,Tbd,Haxor crew, Newbie3vilcodes dan banyak lagi.

Jika di google Dragon Force,banyak keputusan yang keluar,disitu anda boleh mencari lebih banyak info tentang DF (Dragon Force) sebagai rujukan anda sendiri.

Apa yang ingin kami sampai kan disini adalah ketika melihat fan page dragon force yang mengatakan mereka sekarang sedang mencari beberapa pasukan baru untuk DF

Dragon Force pernah menjadi isu hangat di kaca televison suatu ketika dulu kerana corak serangan yang ganas mereka menyerang laman kerajaan malaysia demi suara rakyat.mereka lebih kepada menyampaikan mesej mesej tertentu pada defacement mereka.

Apa yang menjadi persoalan untuk [GH], adakah Dragon force a.k.a naga paksa akan kembali seperti zaman kegemilangan mereka dulu?

Seperti kata Wak ketari suatu ketika dahulu " Tepuk Dada,Tanya Iman"
hehhe ^_^ pssst, DF jangan hek GilerHackers tau, kalau x dek kami, nanti die orang x dapat berita berita terkini, heheh....

like mereka di facebook: Dragon Force Malaysia
Info tentang Dragon Force malaysia? Klik disini
Artikel ini ditulis oleh: PerantauSenja Facebook: perantausenja.inc Twitter: @perantausenja 

72 laman IPT termasuk laman Politeknik Metro JB digodam!

   


Assalamualaikum dah Salam 1 Malaysia kepada semua peminat tegar [GH]. sebelum ini kita dikhabarkan melalui laman KenaHack [KH] yang laman rasmi Universiti Malaysia Pahang telah digodam oleh seorang pengodam yang menggelarkan dirinya sebagai Sofea Hana. Kini kami dimaklumkan oleh rakan laman social facebook berkenaan laman rasmi Politeknik Metro JB sekali lagi digodam oleh Sofea Hana dari kumpulan LanunHitamCrew (LHC) dan Newbie3vilCod3s (NEC)






    Berikut adalah Screenshot yang sempat kami ambil hasil defacement dan mesej yang ditinggalkan oleh pengodam tersebut.

    pautan ke laman Politeknik Metro JB http://portal.politeknikmetrojb.edu.my/v2/

    kami juga difahamkan terdapat 2 lagi laman sesawang turut diceroboh oleh Kumpulan yang yang sama. Motif serangan tidak dikenal pasti.

    Dragon Force VS Macho Cyber Crime | Penjelasan atau Pendapat

    Assalamualaiikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca setia GH, Disini kami cuba mengupas isu berkenaan mydefacer yang didakwa digodam Macho cyber crime.Maklumat yang kami perolehi dari Blog Phantom crews.
    Diantara penjelasan 2 pihak..

    Kumpulan DragonForce yang merupakan sebuah kumpulan penggodam terkenal tanah air. Pelbagai sejarah telah dicipta kumpulan mereka. Tidak kurang juga hebatnya kumpulan penggodam MachoCyberSec yang telah berjaya melumpuhkan kumpulan murtad tahun ini.

    Namun, ada beberapa berita yang kurang enak didengar oleh kami sejak beberapa hari ini. Ketika umat Islam sedang berhari raya bermaaf-maafan, timbul pula pergaduhan dan permusuhan antara dua kumpulan penggodam Malaysia tersebut.

    Kejadian yang menimpa kumpulan DragonForce itu dianggap tersangatlah malang kerana Page Facebook mereka "Dragon Force" telah digodam oleh penggodam China. Tidak cukup dengan kejadian berkenaan, blog terkenal Dragon Force sehingga menjadi rujukan utama pihak akhbar yang dikendalikan oleh MyDF Network, MyDefacer yang beralamat www.mydefacer.df.my digodam oleh kumpulan MachoCyberSec. Masih tidak cukup lagi malang yang menimpa DragonForce, subdomain www.myscammer.df.my juga telah digodam oleh kumpulan sama.

    Untuk tidak menampakkan media kami bersifat berat sebelah, kami cuba untuk dapatkan respon kumpulan DragonForce dan MachoCyberSec. Kami akhirnya berjaya mendapat respon daripada wakil kumpulan masing-masing.

    Menurut wakil daripada MachoCyberSec, Dragon Force dianggap sungguh menyakitkan. Beliau mahu semua rakyat Malaysia memikirkan semula apa yang telah dilakukan oleh DragonForce. MachoCyberSec mendakwa bahawa Dragon Force melakukan penipuan yang bodoh katanya. Tambahnya, perkara tersebut telah terbongkar, (pada laman sesawang mereka) . Macho CyberSec juga menyarankan Dragon Force membuang moto "Hak Milik Rakyat Malaysia" kerana melakukan penipuan terhadap rakyat Malaysia sendiri.

    Beliau juga menyatakan bahawa Dragon Force terlampau gilakan publisiti. Ketika ditanya adakah kedua-dua kumpulan tersebut akan berdamai. Pihak Macho CyberSec memberi jawapannya sebagai tidak akan berdamai dengan kumpulan yang gilakan publisiti.

    Mereka mengulas bahawa, selepas mereka telah popular, mereka akan tinggalkan(melupakan) rakan-rakan seperjuangan mereka. Ditanya tentang hubungan PhantomCrews dan DragonForce , Macho CyberSec tidak akan memusuhi PhantomCrews kerana kami tidak mengacau mereka dan sekiranya berlaku mereka akan mulakan 'peperangan'.

    Macho CyberSec juga meninggalkan pesanan supaya amalan seseorang itu disertai dengan niat dan akan dibalas berdasarkan niatnya sendiri dan sekiranya niat untuk godam sesuatu laman ke arah kebaikan maka seseorang itu akan dapat ganjarannya (pahala).

    Kami juga mendapatkan respon daripada DragonForce dan disambut baik oleh seorang wakil mereka. Apabila ditanya tentang laman MyDefacer digodam, wakil DragonForce tersebut yang mengendalikan MyDF Network pada mulanya agak terkejut. Menurutnya, beliau belum dapat keputusan rasmi daripada pentadbir yang merupakan pihak atasan Dragon Force sama ada ia benar digodam atau tidak.

    Buat masa kini, tiada komen dapat diberikan tentang perkara itu katanya. Beliau juga masih ragu-ragu terhadap penggodaman terhadap laman MyDefacer kerana tiada kata putus diberikan. Menurut beliau lagi, sekiranya benar laman MyDefacer digodam oleh Macho CyberSec, berkemungkinan salah seorang penulis di MyDefacer adalah palsu kerana laman MyDefacer mempunyai ramai penulis.

    Tambahnya lagi, beberapa hari sebelum MyDefacer digodam, beliau tidak mengakses sebagai pentadbir ke laman tersebut. Kami juga menanyakan tentang dakwaan Macho CyberSec yang Dragon Force gilakan populariti. Beliau memberitahu bahawa Dragon Force tidak gilakan publisiti dan mereka hanya sekadar berkongsi informasi untuk pengetahuan bersama kerana Dragon Force hak milik rakyat Malaysia.

    Menurut Dragon Force , mereka tidak memulakan sebarang isu pergaduhan sebaliknya Macho CyberSec yang memulakan isu tersebut katanya. Beliau juga mengulas tentang moto kumpulan Macho CyberSec ,"No System Is Secure" (Tiada Sistem Yang Selamat) supaya berhati-hati dengan keselamatan (siber) Macho CyberSec kerana Dragon Force tidak akan menyerah kalah. Dragon Force juga mengambil kesempatan tersebut untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Macho CyberSec dan tidak lupa untuk meminta ampun atas kesalahan yang telah dilakukan terhadap Dragon Force katanya. Beliau juga menggelarkan ketua CyberSec sebagai "Macho Gayies" supaya bertaubat.

    Sedikit info yang GH peroleh dari blog media PHC (phantom Crew)
    Info lajut sila rujuk : Susulan DF digodam: Respon Dragon Force dan macho Cyber Sec


    Giler! Malaysian Defacer a.ka. Mydefacer kena hack lagi Dengan Tiada Otak!

    Assalamualaiikum dan selamat sejahtera,juga kami sertakan dengan salam aidilfitri kepada pembaca pembaca kami,Sebelum ini kecoh bercerita tentang Macho cyber crime mengodam blog rasmi Dragon force ,mydefacer.df.my [Entri sebelum ini]

    Kini dari apa yang kami terima melalui komen di facebook, mydefacer juga pernah dideface oleh sekumpulan pengodam yang mengelarkan nama kumpulannya Tiada Otak!,lihat screen shot dibawah:
    Sebelum ini Tiada Otak Pernah Muncul dengan beberapa berita yang agak mengejutkan jugak ketika mendeface laman utama www.df.my dan www.rc.my

    rujukan artikel dari www.kenahack.com
    mirror dari zone-h bukti laman rasmi mydefacer.df.my digodam (klilk disini)

    Ada yang mengatakan tiada otak ada kaitan dengan tbd.my, apa yang kami perhatikan disini ada penjelasan dari tbd.my di thread forum tbd.my (klik disini untuk ke laman forum tbd.my)
    Screen shot di forum tbd.my ketika rc.my dan df.my digodam:
    Apa yang [GH] ingin sampaikan disini ialah,diharap admin menyiasat setelitinya dan bukan menuduh dengan secara melulu supaya tidak timbul isu perbalahan sesama sendiri.Semperna di bulan Mulia ini, marilah kita sama sama bermaaf maafan diantara satu sama lain semoga ikatan silaturahim sesama kita menjadi lebih akrab..

    Giler! Mydefacer kene godam dengan Macho Cyber Crime!

    Assalamualaiikum dan selamat sejahtera,Kali ini agak mengejutkan pihak kami [GH] dimana salah satu blog penggodam malaysia (Dragon Force) digodam machoCyberCrime! www.mydefacer.df.my digodam machocybercrime!

    Baru semalam kita digemparkan dengan berita bahawa Page Dragon Force digodam Penggodam china!Hari ini blog rasmi DF pula di hijack oleh macho cyber crime! mengikut apa yang [GH] ketahui selama ini, memang sejak dari  dulu perbalahan diantara 2 kumpulan ini menjadi isu hangat dikalangan penggodam penggodam malaysia

    Punca perbalahan ini masih belum kami ketahui,Kami akan cuba menghubungi mana mana pihak, sama ada Dragon Force atau Macho cyber crime untuk mengesahkan apa yang berlaku diatara 2 crew ini.Diantara screen shot yang sempat [GH] ambil:


    diantara artikel di mydefacer dengan tajuk : DRAGON FORCE SEKALI LAGI KENA HACK A.K.A FUCK!

    " Hello you guys siniem tok imam dan Abam Macho ayie nak cakap sikit selamat HARI RAYA yerr...korang GEMBIRA KE TAK erhh..kalau site niem kena HACKED? wkkakakak nah ambik jari tengah dripa Macho,,wkakaka,,
    kaalau nak tahu rahsia tekan ini knpa page ini kena HACK tekan sini -->> T EKAN

    NO ONE CAN STOP UP,WHEN TOK AND AYIE IN THE JOB!
    RESPECT US,
    NO SYSTEM IS PERFECT,

    sila like kejap page kitoorang TEKAN DAN LIKE SAPER TAK LIKE ABAM WAK KETARI SEPAK!!

    WAKAKKAKA....wak ketari..ku seruu kamu untuk rehacked semula yer,,,dan kepada seth erry dan KHC,

    jika ilmu didada tak cukup jngn BERANI MENGATA Macho Cyb3rcrim3,
    jikalau baru reti CRACK IDM,jngn perasaan nak HINA KAMI!"

    Jika artikel ini masih belum dipadam, anda boleh rujuk disini

    Kepada macho cybercrime dan Dragon force, disini kami dari [GH] ingin berpesan supaya marilah kita sama sama bermaaf maafan di bulan yang mulia ini,heheh [GH] pesan je.. jangan hack blog [GH] pulak ye.. hihihi...

    dan adakah ini juga Troll dari Dragon Force? diharap King Alexander dapat memberi penjelasan mengenai isu ini.

    Pages Dragonforce telah di hack??



    Asalamualaikum SL disinie.. Hari Jumaat 17 ogos 2012 .. tak esk atau lusa kita akn menyambut hari raya.
    tapi bukan itu yang nak diceritakan .. Ketika SL tengah sedap bermain PES become A legend .. tiba ternampak new feed di facebook bising heboh pasal pages DF yg telah digodam . SL mengambil keputusan untuk skodeng pages DF itu dgn sndri ..







    dari printscreen nie mereka dari china hacking crew.. dengan cover timeline ala JU ON keluar dari screen lappy haha







    kita dapat lihat ada beberapa teman teman kita yang cuba untuk berkomunikasi dgn china hacking crew itu..
    SL rasa google transelate amat berguna ketika ini.. erm.. SL berharap ini juga bukan TROLL dari pihak DF
    Harap admin admin DF tampil memberikan jawapan terutama abg KING ALEXENDER 









    Giler! hackers sedunia sepakat godam myanmar.

    Terbaru berita mengenai Op Myanmar dapat perhatian dari akhbar tempatan malaysia!

    KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan Myanmar menganiaya umat Islam etnik Rohingya di negara itu sehingga ramai terbunuh mendorong kumpulan penggodam dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Pakistan, Turki, Bangladesh, Arab Saudi dan negara Islam lain yang menggelar diri mereka Anonymous menyerang laman web kerajaan Myanmar.
    Serangan itu dilakukan termasuk meninggalkan mesej tanda tidak menyokong perbuatan itu menerusi laman web kerajaan Myanmar sebagai memprotes dan menunjukkan sikap tidak puas hati Anonymous.

    Jurucakap penggodam dari Malaysia yang mahu dikenali sebagai Mydefacer berkata, tindakan menggodam itu menyerang laman web itu dilakukan sebagai bantahan supaya serangan terhadap umat Islam Rohingya dihentikan.
    “Rata-rata kumpulan itu membantah perbuatan kerajaan Myanmar yang hanya berdiam diri dan menutup kes pembunuhan umat Islam begitu saja selain mengeluarkan pendapat melalui defacement yang diletakkan di laman web berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

    Menurutnya, kumpulan itu juga berbuat demikian untuk menyatakan betapa ramai yang cuba menyerang Myanmar bukan saja melalui media massa, peperangan tapi juga sistem teknologi.
    “Pihak Mydefacer turut membuat analisis dan mendapatkan pandangan penggemar IT di Malaysia dengan kerjasama Malaysian Cyber Conference (MCC). Rata- ratanya menyokong tindakan menyerang laman web kerajaan berkenaan.

    “Malah, kumpulan penggodam itu turut menjalankan operasi dikenali ‘#Op Myanmar’ dan menyediakan software “Denial of Service’ atau DDoS kepada penggodam yang kurang mahir,” katanya.
    Jurucakap itu berkata, pada 10 Ogos depan, Anonymous seluruh dunia termasuk Malaysia akan menyerang laman web kerajaan Myanmar secara besar-besaran.

    Mydefacer mendakwa, kumpulan penggodam seperti Dragonforce, RileksCrew, Dotmy Team , Phantom Crew, Kelantan Hacking Crew dan pelbagai kumpulan lagi dari Malaysia akan turut menyertai serangan itu.

    baca berita dari mymetro klik disini
    baca berita dari mydefacer klik disini
     

    © Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
    Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif