5 Laman Web Perkongsian Fail Dalam Pemerhatian MPAA

File Under:

5 Laman Web Perkongsian Fail Dalam Pemerhatian MPAA. Motion Picture Association of America (MPAA) dan Recording Industry Association of America (RIAA) kini membuat pemerhatian pada 5 lagi laman web berpotensi tinggi dalam perkongsian fail tidak sah dalam bentuk filem dan muzik.

Laman web yang disenaraikan adalah Putlocker, Wupload, Depositfiles, FileServe, dan juga MediaFire.
Laman web yang disenaraikan ini mempunyai hit yang sangat tinggi iaitu 41 billion setahun dan merupakan 5 website dalam carta tertinggi CyberLocker. Selepas kes Megaupload Januari lalu, pihak berkuasa MPAA dan RIAA semakin giat menjalankan operasi untuk membanteras kegiatan perkongsian fail yang tidak sah ini. 5 laman web ini berkemungkinan akan disekat, disaman dan juga dikenakan tindakan penjara seperti yang terjadi kepada pemilik Megaupload, Kim DotCom.

Terdapat juga beberapa laman web yang telah mematikan fungsi perkongsian mereka, tidak kurang juga ada yang mengubah tawaran mereka berdasarkan perkhidmatan masing-masing. Walaubagaimanapun, laman web yang juga mempunyai hit yang sangat tinggi seperti Dropbox dan Box.net tidak disenaraikan kerana masing masing menyatakan mereka tidak melanggar undang-undang.

Pengguna internet semakin kurang senang dengan tindakan pihak berkuasa yang menyekat kebebasan berinternet dengan alasan internet merupakan hak masing-masing dan tidak seharusnya disekat.

Sumber

Author: Bukhari Malek
5 Laman Web Perkongsian Fail Dalam Pemerhatian MPAA di postkan oleh: Bukhari Malek
Jika anda berminat untuk berkongsi artikel dengan kami,hantarkan artikel menarik anda ke gilerhackers@gmail.com

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif