Showing posts with label Kerajaan. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan. Show all posts

Sofea Hana Kembali Serang Laman Web Kerajaan


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Setelah sekian lama sofea hana menyepi, terbaru kami menerima email dari anonymous yang mengatakan sofea hana sekali lagi melakukan serangan dan menuntut beberapa perkara pada defacement beliau.email yang kami terima sekitar pada pukul 5 petang tadi,oleh kerana terlalu banyak email yang masuk, kami memohon maaf diatas sedikit kelewatan untuk menyiarkan artikel ini.

Ini adalah diantara mesej yang dipaparkan pada defacement:
"Semalam bermula satu kegilaan, kami melihat kamu mengheret orang yang bercakap demi keadilan dibelakang tiang tiang besi, diiringi oleh penguatkuasa yang patut lindungi kami.

Kami cuba menamatkan kegilaan di Malaysia dengan dakwat dan kertas, tapi ada sesetengah pihak yang tak kenal harga darah dan air mata, moga mereka ada cukup untuk membayar harga ini kemudian hari.

kini kami akan menentang. sedikit demi sedikit. kami akan timpakan kamu dengan balasan yang setimpal. kami akan pastikan keadilan akan terlaksana. kami akan mula di alam maya. kami akan turun dan pastikan. kamu tidak terlepas. ini bukan amaran dan kami harap mesej kami jelas."

PESANAN BUAT SPR! KAMU TIPU PILIHANRAYA KAMI TUNTUT DI JALANRAYA!

Rakyat Prihatin,
Sofea Hana.
Perjalanan Dunia Menuju Abadi

Laman web yang digodam:
http://btpnperlis.moe.edu.my/fea/
http://www.jsis.jpm.my/
http://www.zone-h.org/mirror/id/19711470
http://zone-hc.com/archive/mirror/b824650_jsis.jpm.my_mirror_.html

Tiada maklumat lebih terperinci dilaporkan,sekali lagi kami berterima kasih diatas sokongan dan info yang dikongsi kepada kami.

PRU 13! Lagi Laman Web Umno Di Godam.


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca di gilerhackers.Kebelakangan ini [GH] banyak menerima aduan berkenaan aktiviti godam laman laman berkaitan politik,ini mungkin juga kerana kehangatan Pilihan Raya Umum yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Terima kasih yang banyak membantu kami di dalam mencari maklumat.Kepada anda yang menghantar email kepada kami,tetapi tidak menerima respon, kami ingin meminta maaf kerana pada masa ini, begitu banyak email yang masuk ke dalam inbox kami.Insyaallah, jika mempunyai kesempatan kami akan membalas kesemua email yang dihantar.

Laporan terbaru:
Satu Lagi Laman web politik digodam.kali ini laman web Umno pula menjadi sasaran aktiviti keganasan siber.Penggodam tidak membuat apa apa perubahan besar,mereka hanya meletakan sekeping gambar dan beberapa mesej ringkas beserta video.

Gambar yang diletak pada laman web yang digodam:

Mesej Yang Dipaparkan pada laman yang digodam:
" Umno dan Be Ending . Tidak Boleh Pisah dengan duit !!

Gunakan Media Dengan baik . Jangan membuat fitnah kepada semua rakyat yang tidak bersalah . dan BR1M jangan merasuah Kepada rakyat . rakyat akan sengara .Umno Mengayakan kroni2 yang makan duit rakyat .SPR Juga suka duit yer . rasuah sana rasuah sini . Umno owh umno . Be end owh owh Be End "

Video yang diletakan pada laman yang digodam..

Link Laman web yang digodam: http://umnopekan.com/
Jika laman berkenaan sudah dibaik pulih, anda boleh melihat mirror di Zone-H: http://www.zone-h.org/mirror/id/19711918

[GH]: Untuk berita segera,Selain dari menghantar email, Anda juga boleh menghubungi kami di facebook rasmi GilerHackers Di Sini.

RED BEAN HACKER! ‘tentera siber’ yang ditaja oleh DAP?


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.Sejak kebelakangan ini kami di [GH] banyak melaporkan berkenaan aktiviti pencerobohan, jenayah siber dan berita berita berkaitan defacement, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau berkaitan tutorial, anda boleh menghubungi kami di facebook,

Jika anda sedang mencari software software terbaru, kami cadangkan anda rujuk diblog rakan kami "sedut software sampai lebam | sssl.rc.my " Untuk info terbaru, kini anda boleh menggunakan perkhidmatan Hosting percuma yang ditaja oleh pihak Rilekscrew, untuk perkhidmatan hosting percuma, anda boleh terus ke laman rilekshost.com, berkenaan Hosting percuma dari Rilekscrew, kami akan membuat review dalam posting akan datang.. ^_^

Seperti biasa, ketika kami mencari info terbaru untuk disajikan kepada pembaca pembaca di gilerhackers, kami tertarik dengan status biswardi bin mohammad di fanpage beliau,

kami terus menrujuk kepada pautan blog beliau berkenaan 1 artikel bertajuk DAP Songlap Wang Negeri Untuk Taja Red Bean Army. pada artikel tersebut beliau mendakawa RED Bean Army adalah sekumpulan ‘tentera siber’ yang ditaja oleh DAP difahamkan telah wujud sejak 4-6 tahun lepas.

Kekuatan mereka dianggarkan berada dalam jumlah 2000 hingga 3000 dan didarabkan dengan 10 hingga 20 jumlah capaian ke internet (Facebook, twitter, email, komen, dll) iaitu sekitar 60,000.Kekuatan ini akan secara semulajadi digandakan sekiranya rakyat yang terpedaya turut ‘menyambung’ kerja mereka melalui media sosial.

Pejabat Operasi utama Red Bean Army ialah di Bangunan Komtar, Pulau Pinang dan satu lagi di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Bayaran bagi setiap seorang dari mereka secara puratanya ialah RM3000-RM8000.
Diantara tugas tugas yang dilakukan oleh kumpulan penggodam Red Bean:
  • Menyerang laman web pro-kerajaan,
  • Menyerang laman-laman sosial aktivis yang pro-kerajaan,
  • Menyebarkan bahan untuk memburukkan kerajaan,
  • Mematahkan komen-komen pro-kerajaan di media alternatif,
  • Menghalang penjelasan kerajaan dari sampai kepada rakyat melalui internet,
  • Mengganggu apa saja program yang dilihat mampu memberi kredit kepada kerajaan,
  • Menyebarkan maklumat yang memberi kredit kepada DAP anda boleh membaca artikel lengkap beliau disini
Artikel berkenaan Red Bean Army kali ini menarik perhatian kami untuk mengkaji secara lebih terperinci,Sepanjang perjalanan kami lebih kurang 4 tahun mengikuti perkembangan siber di malaysia,Tidak pernah lagi kami dengar berkaitan kumpulan Red Bean Army ini, kami juga cuba meninjau dibeberapa forum forum black hat yang popular, tetapi masih juga tidak mendapat apa apa info berkaitan Red Bean Army ini.

Selain membuat kajian di forum forum, ada juga kami menyemak pada laman Mirror - Mirror yang popular,dan cuba mencari info berkaitan Red Bean Hacker ini dengan menggunakan beberapa keyword popular di google, sekali lagi kami tidak menjumpai apa apa info berkenaan Red Bean Army.

Apa yang menjadi satu persoalan misteri bagi kami adalah, benarkah kumpulan penggodam Red Bean hacker ini wujud atau sekadar Mitos semata mata?. Atau mungking juga Red Bean Ini lebih suka melakukan kerja kerja secara Underground seperti Anonymous mungkin? atau Lulzsec?

Jadi, jika anda mempunyai sebarang info berkaitan Red Bean Hacker ini, sila email kan kepada kami di gilerhackers@gmail.com untuk susulan lebih terperinci.

Laman Kerajaan Nepal Digodam Muslim Cyber Sh3ll'z


Sekumpulan penggodam yang mengelar nama kumpulan mereka Muslim Cyber Sh3llz telah melakukan beberapa pelanggaran terhadap laman web kerjaan nepal.Sebelum ini, kumpulan tersebut juga pernah melakukan kerosakan yang sama pada laman web kerajaan Bangladesh dan Vietnam.

Senarai laman web yang terjejas:
Nepal Suruhanjaya Undang-undang (lawcommission.gov.np), deonuwakot.gov.np, www.dadokanchanpur.gov.np, Jabatan Taman Negara dan Pemuliharaan Hidupan Liar (dnpwc.gov.np), Ramgram Perbandaran (ramgram . gov.np), nidmc.gov.np.

Semua laman web yang digodam ditinggalkan sebuah mesej yang ringkas:
"Box owned by shockwave Khan! This time nepal Government Boxed xd. No comments".

Jika laman tersebut sudah dibaik pulih, anda boleh melihat mirror disini:
http://zone-h.com/mirror/id/19664452
http://zone-h.com/mirror/id/19664453

Laman Politik, Teh Tarik Bersama YB Digodam!


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca di GilerHackers
Kami dimaklumkan laman blog berkaitan politik beralamat www.tehtarikbersamayb.com digodam.
Semenjak kebelakangan ini, Isu politik semasa menjadi satu bualan hangat bagi masyarakat malaysia, lebih lebih lagi Pilihan Raya Umum yang ke 13 tidak lama lagi.

Penggodam yang mengenali dirinya dengan nama H@X-BUGS menceroboh laman blog tersebut dan meninggalkan mesej seperti dibawah:
H@X-BUGS!

KU LIHAT HIJAU! KU LIHAT HIJAU

KEPADA ADMIN... JIKA INGIN BERPOLITIK SILA TAMPILAKN SUMBER YANG BENAR DAN TEPAT BESERTA FAKTA BUKAN MELALUT NTAH APE KE BENDE.. KEPADA MACAI MACAI YANG PRIHATIN... SILA HENTIKAN POLITIK KOTOR ANDA DENGAN MENIMBULKAN FITNAH... BERSAINGLAH SECARA SIHAT!. MOHON TV3 , TV1 TV2, BERSIKAP ADIL DALAM SETIAP BERITA YANG DISIARKAN! JANGAN BERAT SEBELAH... JANGAN GADAIKAN MARUAH DAN HARGA DIRI HANYA KERANA WANG! - ASSALAMUALAIIKUM...

ANAK MUDA BANGKIT BERSAMA KEPIMPINAN ULAMA'

Link Defacement: http://www.tehtarikbersamayb.com
Lihat mirror disini: http://www.legend-h.org/deface.php?id=871305

Punca pencerobohan tidak dinyatakan,seperti yang kita tahu, plugin yang tidak berkualiti juga berisiko untuk sesuatu laman web itu digodam.Tiada maklumat terperinci diketahui, jika anda mempunyai sebarang info, sila hubungi kami di facebook untuk susulan berita ini.Apa pun [GH] berharap agar mereka yang bijak tidak menyalah gunakan kepandaian untuk kepentingan peribadi..

#Ops Bangladesh!. Malumat dan data peribadi kerajaan dilepaskan kepada umum

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Sebuah kumpulan penggodam dari bangladesh, Phr0zenMys Hacker yang sebelum ini pernah menggodam laman web Australian Broadcasting Corporation (ABC) mendakwa telah melakukan serangan terhadap beberapa laman sesawang kerajaan bangladesh, (gov.bd).


Kenyataan yang dikeluarkan pada laman twitter mereka menjelaskan, serangan yang dilakukan bertujuan untuk memprotest kezaliman terhadap rakyat, penindasan, pembunuhan tanpa undang undang perhakiman , dan penyeksaan.

Laman yang diceroboh: www.rab.gov.bd
Maklumat kebocoran data boleh didapati di:  http://pastebin.com/UCmLkGxS

Tindakan Batalion Rapid atau RAB adalah sebuah unit elit anti-jenayah dan anti-keganasan Bangladesh. Tentera Batalion Polis Ordinan 1979.
Di bawah perintah Ketua Polis Negara (KPN), ia terdiri daripada anggota Polis Bangladesh,Tentera,Tentera Laut, Tentera Udara Bangladesh,Border Guard Bangladesh and Bangladesh Ansar.

BAHAYA! spyware FinFisher! mengelak dari dikesan Antivirus.


FinFisher
FinFisher spyware digunakan untuk mengintip aktivis di seluruh dunia, satu laporan baru mengatakan. FinFisher adalah program Trojan kuda (trojan Horse) yang boleh mengelak perlindungan anti-virus untuk mencuri data, ketukan kekunci log, mendengarkan rahasia orang pada panggilan Skype, dan menghidupkan mikrofon dan webcam ke dalam alat-alat pengawasan secara langsung. Ia menunjukkan bagaimana dunia pengawasan kerajaan berubah.

FinFisher merupakan satu program yang diedarkan oleh syarikat British Gamma Antarabangsa,Diantara negara negara yang dipercayai menggunakan perisian jahat "spyware" ini ialah:h Bahrain, Bangladesh, Brunei, Kanada, Republik Czech, Estonia, Habsyah, Jerman, India, Jepun, Latvia, Mexico, Mongolia, Belanda, Qatar, Serbia, Turkmenistan, dan Emiriah Arab Bersatu,vietnam termasuk Malaysia.

Ancaman virus yang terbaru melibatkan jenis spyware dipanggil FinFisher. FinFisher sebenarnya adalah satu program yang sah dibuat oleh sebuah firma British dipanggil Gamma. Spyware ini telah dijual kepada kerajaan dan agensi-agensi keselamatan PC untuk mendidik organisasi ini pada teknik pembasmian virus.

Malangnya, ia kelihatan seperti virus yang berjaya melarikan diri. FinFisher kini menjangkiti komputer di seluruh dunia, termasuk Timur Tengah, Afrika, Eropah, Australia, dan Amerika Utara.

Didalam perkembangan malware yang terbaru,Pastikan anda sentiasa mengemaskini (update) perlindungan antivirus pada komputer, laptop, pc,peranti dan telfon anda kepada yang terkini. walaubagaimana pun, Eset antivirus mengesan malware ini sebagai Trojan Win32/Belesak.D. Malware jenis ini juga biasanya menyerang melalui pautan pautan palsu, email, serangan yang sangat terhad.Sedia kah anda dengan serangan seperti ini?

Like facebook kami untuk berita terkini di www.facebook.com/myGilerHackers

'MiniDuke' malware | sasar kerajaan Euro melalui Adobe


Satu serangan baru mensasarkan kerajaan Eropah melalui kelemahan mengeksploitasi pada perisian Reader Adobe.

Kaspersky Lab dan CrySys Lab hari ini memperincikan sebuah program berniat jahat baru di "alam liar", dipanggil "MiniDuke," yang telah menjadi entiti-entiti menyerang kerajaan dan institusi-institusi  Eropah. Entiti kerajaan di Ukraine, negeri Portugal, Romania, dan lainnya telah disasarkan, ( menurut penyelidik keselamatan.)

MiniDuke didapati dijalankan pada komputer-komputer yang dijangkiti melalui PDFs. Penggodam berniat jahat --
Kaspersky percaya mungkin pendam untuk seketika disebabkan oleh persamaan teknik yang pernah digunakan sejak akhir 1990-an -- Dipercayai pembangunan  PDFs yang kelihatan seperi biasa!. Sebaik sahaja fail di muat turun kepada sebuah komputer, eksploitasi, yang ditulis  Assembler dan hanya 20KB sahja saiznya, mengambil kesempatan atas kelemahan unpatched dalam versi-versi Reader 9, 10, dan 11.

Selepas kesemua pemeriksaan dan perlindungan ditempatkan, perisian dihubungkan kepada Twitter untuk mencari tweet pada akaun-akaun premade. Tweet itu mengandungi tanda-tanda yang telah dikodkan URLs  backdoors membolehkan ia  menghantar dan  memerintahkan untuk membuka backdoors  melalui fail-fail GIF.

Penggodam mengeksploitasi pepijat Adobe  dalam satu kemas kini minggu lepas yang akan menyebabkan program-programnya terhempas dan membenarkan  penyerang mendapat kawalan atas satu komputer yang dijangkiti virus.

* Dapatkan berita berita terkini, Isu semasa, Politik, Setempat dan Terkini DISINI (BOOKMARK)

Kementerian sains dan teknologi malaysia pula DIGODAM!

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Diperhatikan sejak kebelakangan ini,kebanyakan laman kerjaan malaysia beralamat gov.my dijadikan mangsa keganasan siber! Selepas berita panas tentang serangan terhadap beberapa laman kerjaan digodam 'sofea hana' kini laman rasmi kementerian sains dan teknologi pula digodam!

Terbaru! sebuah kumpulan penggodam antarabangsa Anonghost telah menceroboh laman http://www.mosti.gov.my/ sekaligus merubah halaman kepada defacement dengan tujuan menyampaikan mesej mesej tertentu

screen shot defacement:


Lihat Mirror Disini

Mesej yang ditinggalkan:

To All Governments of the World,We are watching you , we can see what you're doing , we control you , we are everywhere.Rememeber this, The people you're trying to step on, we are everyone you depend on.

We are thepeople who do your laundry and cook your food and serve your dinner. We make your bed. We guard you while you are sleeping. We drive the ambulances. We direct your calls. We are cooks and taxi drivers, we are everyone you come into contact with on a daily basis. We know everything aboutyou.

We process your insurance claims and credit card charges. We control every part of your life.Together we stand against the injustice of corrupt Governments.We are anonymous. We are Legion.United as ONE. Divided by zero.We do not forgive Injustice.We do not forget Oppression.
Governments of the World..."We are AnonGhost, We are legion, We do not forgive, We do not forget, Expect us."


mengikut pengalaman GH mendekati dunia penggodam, Anonghost lebih kepada menyampaikan mesej mesej berbentuk kebebasan,hak manusia, dan kedamaian.sebelum ini anonghost hanya menyerang laman sesawang israel dan beberapa negara NATO sahaja. tetapi apa yang kami hairan kenapa mereka mula menceroboh laman sesawang milik Malaysia?

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif