Showing posts with label [GHnews]. Show all posts
Showing posts with label [GHnews]. Show all posts

Facebook Membawa Ketagihan


Facebook Membawa Ketagihan. Tidak dinafikan lagi Facebook sememangnya membawa ketagihan kepada penggunanya. Daripada survey yang dijalankan di London, pengguna Facebook akan menghabiskan masa terlalu lama menggunakannya sehingga mereka tidak gembira dengan kehidupan mereka sendiri

Menurut survey yang dijalankan itu, pengguna yang mula membuka komputer akan terus masuk ke laman web jaringan tersebut. Golongan yang berpendapatan dan berpendidikan rendah adalah golongan yang didapati berisiko tinggi mengalami ketagihan itu.

Sebahagian daripada responden merasakan kehidupan mereka yang dikecapi selama ini telah diambil oleh Facebook. Banyak masa yang diluangkan hanya untuk Facebook sehinggakan tiada masa untuk melakukan perkara penting yang lain.


Daripada survey yang dibuat secara rawak itu, 85 peratus daripada mereka mengakui menggunakan Facebook setiap hari dan sebahagian dari mereka akan membuka laman tersebut terlebih dahulu berbanding laman web yang lain tidak kira menggunakan komputer atau alat telekomunikasi yang lain.

Di Malaysia, ketagihan menggunakan Facebook juga dilihat sama tahapnya dengan pengguna pengguna lain di luar negara. Pengguna Facebook di Malaysia banyak menghabiskan masa di Fanpage serta Group dengan membaca status, menonton video, membalas komen serta bersembang dan mereka sanggup menghabiskan masa seharian di depan komputer.

Sumber

5 Laman Web Perkongsian Fail Dalam Pemerhatian MPAA


5 Laman Web Perkongsian Fail Dalam Pemerhatian MPAA. Motion Picture Association of America (MPAA) dan Recording Industry Association of America (RIAA) kini membuat pemerhatian pada 5 lagi laman web berpotensi tinggi dalam perkongsian fail tidak sah dalam bentuk filem dan muzik.

Laman web yang disenaraikan adalah Putlocker, Wupload, Depositfiles, FileServe, dan juga MediaFire.
Laman web yang disenaraikan ini mempunyai hit yang sangat tinggi iaitu 41 billion setahun dan merupakan 5 website dalam carta tertinggi CyberLocker. Selepas kes Megaupload Januari lalu, pihak berkuasa MPAA dan RIAA semakin giat menjalankan operasi untuk membanteras kegiatan perkongsian fail yang tidak sah ini. 5 laman web ini berkemungkinan akan disekat, disaman dan juga dikenakan tindakan penjara seperti yang terjadi kepada pemilik Megaupload, Kim DotCom.

Terdapat juga beberapa laman web yang telah mematikan fungsi perkongsian mereka, tidak kurang juga ada yang mengubah tawaran mereka berdasarkan perkhidmatan masing-masing. Walaubagaimanapun, laman web yang juga mempunyai hit yang sangat tinggi seperti Dropbox dan Box.net tidak disenaraikan kerana masing masing menyatakan mereka tidak melanggar undang-undang.

Pengguna internet semakin kurang senang dengan tindakan pihak berkuasa yang menyekat kebebasan berinternet dengan alasan internet merupakan hak masing-masing dan tidak seharusnya disekat.

Sumber

Hosting Percuma Untuk Kegunaan Rakyat Malaysia!


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.Dalam kehidupan kita hari ini, Hosting juga merupakan 1 aset penting, ia boleh dikategorikan sebagai harta kita dialam maya. BETUL ke? hahah.
Ok hari ini [GH] review satu produk yang sangat terbaik ,apa yang penting ia adalah keluaran Malaysia dan lebih menarik ia tersedia didalam bahasa melayu! [GH] sangat menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh rakyat malaysia kerana ini juga menunjukan salah satu kemajuan negara kita.

Seperti yang anda tahu, Sekarang banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan Hosting Percuma (Free Hosting) begitu juga dengan Hostinger.my.Ok, sekarang abaikan semua hosting percuma yang ada di internet! Mari kami terangkan apa kelebihan hostinger.my berbanding Free Hosting yang lain.

Setelah mencuba perkhidmatan ini, [GH] sangat berpuas hati terhadap paparan laman web yang kemas dan sangat ringan,Tidak seperti Free Hosting yang lain, kadang kadang mempunyai masalah loading yang begitu lama! ini adalah diantara kelebihan yang ada di hostinger.my

selain dari menyediakan ruangan Storan sebesar 2GB,dan 100GB bandwith, ia juga menyokong PHP dan MySQL tanpa memaparkan apa apa iklan pada laman web anda!Jadi apa yang kami fikirkan disini? YA, ia sangat bagus untuk mereka yang baru menceburi bidang membuat laman web,Selain itu, hostinger.my juga mempunyai AUTO INSTALL dengan pelbagai script tersedia seperti:
1- wordpress
2- joomla
3- Mambo
4- buddy press
5- Open blog
6- Open cart
7- Drupal
8- boxbilling dan banyak lagi

Selain mudah dengan penggunaan bahasa melayu, Hostinger.my mempunyai Forum untuk pengguna bertanya masalah dan bertukar tukar pendapat.Jika anda berpuas hati untuk terus mengunakan perkhidmatan hostinger.my mereka juga menyediakan perkhidmatan berbayar dengan pakej premium dan business!

Jadi kenapa anda tidak sahaja mendaftar ke hostinger.my? Ambil peluang ini dan daftar akaun Hosting Percuma anda dengan menekan banner dibawah: "Jangan Lupa untuk ikut perkembangan terbaru kami Di Facebook GilerHackers "
Hosting Percuma

Jom Belajar Di "Akedemi RileksCrew"


Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca di GilerHackers.com.
Kepada anda yang selalu mengikuti perkembangan kami,Hari ini kami kongsikan sedikit info terbaru yang diterima dari team RileksCrew,

Kami di maklumkan, Rilekscrew akan berkongsi ilmu dengan anda semua di Akedemi mereka yang diberi nama "Putera Army". Apa yang menarik, disana bukan keseluruh berkaitan "Godam" (hacking) tetapi mereka juga akan berkongsi tips tips komputer,panduan blogging, designing , keselamatan (security) dan banyak lagi.
Selain dapat menambah ilmu, Putera Army juga mewujudkan 1 komuniti yang sihat khasnya untuk mereka yang minat berminat didalam bidang Siber.

Bagaimana untuk menyertai Putera Army?
Mudah sahaja.. anda hanya perlu ke Facebook rasmi Rilekscrew  dan Hantar Mesej ke dalam inbox mereka dengan memperkenalkan sedikit tentang diri anda dan tujuan ingin belajar. kemudian ikut panduan yang akan diberi oleh team RileksCrew.
( Mahu seribu daya )

PERATURAN DIDALAM PUTERA ARMY
Peraturan jika sudah berada didalam Group.Sila ambil perhatian.
1- Ada dilarang mengguna sebarang jenis auto like, auto komen, auto post dan semua jenis aplikasi SPAM!
2- Ada Tidak digalakan komen dengan komen komen yang tidak mendatangkan Faedah atau jenis Sia-Sia kerana ini hanya akan memenuhkan ruangan komen.
3- Hormati Rakan rakan yang lain.Sila abaikan pertanyaan rakan yang mungkin tidak kena pada selera anda
4- Tidak boleh menimbulkan isu isu yang boleh mengakibatkan pergaduhan sesama rakan didalam komuniti
5- Anda dilarang post LINK didalam group, sama ada link berkaitan promosi, iklan seperti link Says,Churp2 dan sebagainya,
5- Anda bebas atau bersih dari Mana Mana kumpulan Penggodam
6- Jangan Riak atau berlagak jika pertanyaan salah seorang ahli didalam group mungkin di anggap NOOB.Putera Army mewujudkan komuniti untuk berkongsi ilmu, bukan tunjuk pandai.

*Jika anda melanggar salah satu syarat yang ditetapkan, anda akan diban dari group setelah amaran sebanyak 3 kali di keluarkan.

Jika anda mempunya sebarang pertanyaan, sila tinggalkan komen dibawah atau terus ke facebook rilekscrew sendiri untuk maklumat yang lebih terperinci.
Facebook RileksCrew :https://www.facebook.com/HackingCorps

"Jika anda sokong Komuniti ini, kongsikan kepada rakan rakan anda dengan menekan button Like, Tweet, atau Share Dibawah.anda juga boleh menampal banner yang disediakan dibawah pada laman web anda sebagai tanda sokongan."



Copy & Paste code dibawah:
<a href='http://www.gilerhackers.com/2013/04/putera-army.html' target='_blank' title='Jom Belajar Di Akedemi RileksCrew'><img src='http://img.gilerhackers.com/x/parc.png'/></a>

Jangan Lupa Like GilerHackers Di Facebook untuk info info terbaru dari kami...

Dapatkan Tshirt GilerHackers Percuma!

Assalamualaiikum dan selamat Sejahtera.
Dpatakan Tshirt Percuma GilerHackers, Buat masa sekarang [GH] menawarkan 2 jenis koleksi Tshirt Kami, iaitu Baju GilerHackers Edisi Ke-2 dan Baju Iam Programmer I Have No Life,kedua-dua jenis tshirt ini sudah tidak dijual,Inilah masa untuk collect Baju GilerHackers!

Untuk mendapat Tshirt ini, anda perlu menukar sebanyak 12000 points, Bagaimana nak dapat point? sila semak posting sebelum ini untuk tahu bagaimana mendapat Point/mata untuk setiap lawatan ke GilerHackers.com

Selain Baju Ada Hadiah Lain tak?
Okey mari kami kenalkan sedikit pembaharuan tentang sistem GHpoint ini, bagi mereka yang mengumpul mata dan memasang banner, kedua-dua mempunyai kelebihan sendiri, untuk GHpoint, anda boleh menukar hadiah yang ditawarkan, bagi pemasang banner, Pemasang banner berpontensi untuk membuka kotak hadiah misteri tanpa menebus mata.

Hadiah
[GH] akan mengemaskini hadiah hadiah terbaru setiap bulan di catalog, sila semak di catalog.
Jika kedua dua baju ditebus mungkin ada lagi barang menarik [GH]
Selepas Hadiah anda ditebus, Point/Mata anda juga ditolak mengikut jumlah barangan yang ditebus.Jadi kami cadangkan anda supaya bijak didalam menebus setiap barangan [GH]. Jika barang yang tersedia tidak bersesuaian dengan anda.. anda boleh simpan Point / Mata untuk menebus barangan yang lain.

Tips.
Setiap aktiviti mendapat mata
Komen = +100 mata (awas jika spam atau komen yang tidak mendatangkan faedah, anda secara automatik diban)
Share = +100 mata
Like = +100 mata
Tweet = + 50 mata
Setiap Lawatan = +100 mata
Follow twitter = +100 mata
Add to Timeline = +100 mata
dan lain lain sila explore sendiri.

*Pertanyaan sila info kami Difacebook
*Jika anda tidak tersenarai didalam Leaderboard, kemungkinan anda telah diban,sila hubungi kami di facebook

Sistem GHpoint di GilerHackers.com! Menang Hadiah Menarik GilerHackers

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera. Kami ada berita baik untuk pelawat pelawat GilerHackers.com dimana kini [GH] memperkenalkan sistem GHpoint kepada pelawat blog ini untuk mengumpul mata bagi setiap aktiviti di blog [GH].

[GH] Menggunakan aplikasi Punch Tab untuk menjadi hakim bagi pihak anda.Bagaimana nak dapat point/mata?
ok.. mula mula perhatikan widget yang bertulis "rewards" dibahagian atas kiri blog ini, Kemudian Klick pada button tersebut.

Login menggunakan akaun facebook anda untuk mengumpul mata:


Untuk menyemak mata yang dikumpul, sila klik pada bahagian Leaderboard


Hadiah.
[GH] akan mengumumkan hadiah untuk setiap bulan di facebook gilerhackers.pastikan anda  like kami di facebook dan Get notification! untuk mendapat info terbaru!


Hadiah Mungkin sebulan sekali atau 2 bulan sekali, tidak termasuk hadiah mesteri dan giveaway.Hadiah mesteri di beri kepada pelawat atau rakan GilerHackers yang bertuah, manakala Giveaway pula akan di adakan pada waktu waktu tertentu sahaja, (mengikut anjuran sponsor GilerHackers seperti admin Den dan IdeaKreatif )

Bagaimana Point/Mata dikira?
Point/mata dikira mengikut setiap kali lawatan anda ke gilerhackers, sebagai contoh, setiap kali anda melawat blog gilerhackers mendapat 100 point,komen di blog +100 point, Share + 100 point , Tweet +100 point, purata point yang dikumpul sebanyak =  500 point, (termasuk aktiviti lain)

Terma Dan Syarat
[GH] tidak teragak agak membatalkan penyertaan anda jika anda melanggar syarat syarat yang ditetapkan

Tuntuan Hadiah.
[GH] akan mengumumkan pemenang pada fanpage GilerHackers.Jika tiada sebarang tuntuan dalam masa 3 hari, kami secara langsungnya memilih peserta lain dengan mata yang terdekat.
Setiap hadiah yang ditawarkan akan di umumkan di facebook GilerHackers

Extra:
Kepada rakan rakan yang pernah mengguna banner gilerhackers di blog mereka, sila tukar kepada banner baru [GH] Disini. (update, design dan code banner baru)

Yihaodian.com dan Baidu.com bekerjasama membentuk perniagaan yang strategik!

Laman web B2C e-commerce cina, Yihaodian.com dan enjin carian cina (Baidu.com) telah mencapai satu perjanjian untuk kerjasama didalam perniagaan.

Kedua-dua pihak bersepakat untuk kerjasama dalam perkongsian sumber,Aplikasi, pengiklanan, wireless e-commerce, dan pemasaran model inovasi sepanjang tahun 2013. Mereka juga akan meneroka cara baru untuk mempelbagaikan penggunaan platform baidu.
Is Earth a memory worth fighting for?
Yu Gang, ketua pegawai eksekutif Yihaodian.com, mendedahkan bahawa pada tahun 2012, jualan Yihaodian.com 's meningkat sebanyak 250% berbanding dengan tahun sebelumnya, dan jualan makanan import meningkat sebanyak 407%.

Pada awal tahun 2013, syarikat itu mendapat lesen menjual produk yang diimport, menjadikan ia pengendali e-commerce yang pertama mendapat lesen ini di China. Pada masa hadapan, mereka akan terus memberi tumpuan kepada perniagaan makanan import dan dalam  masa yang sama berkembang ke dalam sektor makanan segar. Berurusan dengan pihak  Baidu akan mengembangkan lagi  kebolehan pemasaran mereka.
- China news

Gilerhackers.net sekarang bertukar ke Domain Baru!

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Salam perkenalan juga kepada mereka yang baru mengikuti perkembangan kami di GilerHackers!Sebenarnya kami lupa memberi tahu anda bahawa kami di GH tidak lagi menggunakan domain .net, sekarang kami sudah bertukar kepada gilerhackers.com.jika ada artikel yang tidak dapat di akses, anda hanya perlu tukar kepada gilerhackers.net menjadi gilerhackers.com

Oleh kerana pembaharuan ini. kami mungkin sedikit sibuk untuk menjalankan kerja kerja "kemaskini" untuk blog GH ini.tetapi, ada berita baik untuk anda.Kami memperkenalkan satu blog baru yang diberi nama M.gilerhackers.com! (Quick Updates)  disitu anda boleh mendapatkan berita berita terbaru dengan pantas!

Jangan lupa untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan kami di facebook yang baru GilerHackers | www.fb.com/myGilerHackers atau sertai Group kami di Sini..
Sedikit info yang patut anda tahu

1. Hanya bermain dengan bijak untuk dapatkan tunai? Boleh baca lebih lanjut DISINI
2. KacangHost menawarkan plan hosting murah "Mampu Milik" untuk mereka yang baru ingin mencuba membuat website sendiri,apa yang best domain dot my (.my) hanya rm40 setiap tahun. (maklumat lanjut)

Lebih banyak yang menarik akan kami info kan dari masa ke semasa.
GH juga akan beroperasi dengan lebih kemas selepas ini dengan mengambil author author baru.Untuk anda yang berminat membina kerjaya dengan kami  Boleh rujuk entri DISINI.
Untuk bekerjasama dengan kami boleh Mesej Difacebook buat sementara .

-salam sayang.... GH team-

Cash Towns! Bermain dengan bijak untuk dapatkan TUNAI!


Kepada peminat permainan strategi secara online, AnnoLabs membawakan satu lagi permainan yang pasti akan membuat anda ketagih untuk bermain permainan ini setiap masa. Jika sebelum ini AnnoLabs membawakan permainan strategi Anno1777, kini AnnoLabs tampil dengan satu lagi online game iaitu CashTowns.

Di dalam CashTowns, tugas anda adalah untuk membentuk dan merancang sendiri Bandar anda, membina penempatan, memperkuat barisan askar, juga menyerang dan menjajah Bandar pemain lain.

Seperti permainan AnnoLabs sebelum ini, anda boleh bermain secara percuma juga boleh memasukkan dana ke dalam akaun anda untuk mendapatkan lebih kepuasan bermain serta memudahkan pembangunan Bandar. Yang pasti anda juga berpeluang untuk mengeluarkan tunai dari akaun anda jika anda bijak menggunakan strategi.

Antara sumber pendapatan anda adalah dari penawanan Bandar musuh, jual beli sumber, jual beli tentera atau kelengkapan ketenteraan. Jika tidak, anda boleh membeli Game Share yang akan memberi dividen untuk tempoh mase tertentu.
Dalam CashTowns anda bukan sahaja merancang projek Bandar anda tetapi anda juga perlu bijak merancang ekonomi Bandar yang akan bergantung kepada ekonomi Negara dengan konsep asas Permintaan vs Tawaran. Pulangannya adalah pendapatan dalam bentuk emas yang boleh diguna semula untuk menaiktaraf Bandar atau membuat pengeluaran.

Ingin mengeluarkan duit tunai? Kumpul sebanyak mungkin matawang game dan anda boleh tukarkan kepada duit tunai. Matawang game adalah dalam bentuk emas dan pengeluaran dalam matawang Euro. Pastikan anda memiliki akaun PayPal untuk urusan pengeluaran tunai.
Perkara paling menarik dalam permainan online pastinya peperangan diantara pemain. Ada 2 jenis peperangan. Pertama perang diantara Bandar di dalam 1 negara dan kedua perang diantara Negara. Anda boleh membuat Alliance dengan pemain lain untuk menyerang Bandar atau Negara lain.

Di dalam CashTowns, anda juga boleh menjadi pemilik kepada Negara tertentu. Pemilik Negara berhak menentukan kadar cukai, mengisytihar perang, juga boleh memberi ganjaran kepada pemilik Bandar. Untuk ini anda perlu berurusan dengan pihak yang telah dilantik.
Kepada pemain di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk merasai kehebatan permainan CashTowns. Daftar akaun anda dan mula membina Bandar anda. Selamat bermain…

Mulakan permainan anda dengan mendaftar DISINI : my.Cashtowns
 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif