Showing posts with label Malaysia Hackers. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Hackers. Show all posts

Pembagunan Facebook Terjejas kepada ' Text Load Injection!'

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Kumpulan penggodam antarabangsa, Anonghost. salah seorang ahlinya memberita kami keselamatan pembagunan facebook terjejas dengan beberapa kelemahan yang dijumpai mereka baru baru ini.

Domain utama developers.facebook.com dikata berjaya ditembus masuk dengan menggunakan kaedah Text Load Injection! Dibawah adalah screenshot yang sempat [GH] ambil -kredit kepada mauritania attacker.


Link: https://developers.facebook.com/MAURITANIA%20ATTACKER%20WAS%20HERE&__a=
Jika Bugs ini sudah di patch, anda boleh melihat mirror di sini: http://zone-h.org/mirror/id/19711340

menurut beliau juga, code ini juga boleh disuntik oleh sesiapa sahaja selagi ianya tidak dibaik pulih sepenuhnya:
for (;;);{"__ar":1,"payload":{"redirect":"/MAURITANIA ATTACKER WAS HERE&__a=/"},"bootloadable":{},"ixData":[]}

PRU 13! Lagi Laman Web Umno Di Godam.


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca di gilerhackers.Kebelakangan ini [GH] banyak menerima aduan berkenaan aktiviti godam laman laman berkaitan politik,ini mungkin juga kerana kehangatan Pilihan Raya Umum yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Terima kasih yang banyak membantu kami di dalam mencari maklumat.Kepada anda yang menghantar email kepada kami,tetapi tidak menerima respon, kami ingin meminta maaf kerana pada masa ini, begitu banyak email yang masuk ke dalam inbox kami.Insyaallah, jika mempunyai kesempatan kami akan membalas kesemua email yang dihantar.

Laporan terbaru:
Satu Lagi Laman web politik digodam.kali ini laman web Umno pula menjadi sasaran aktiviti keganasan siber.Penggodam tidak membuat apa apa perubahan besar,mereka hanya meletakan sekeping gambar dan beberapa mesej ringkas beserta video.

Gambar yang diletak pada laman web yang digodam:

Mesej Yang Dipaparkan pada laman yang digodam:
" Umno dan Be Ending . Tidak Boleh Pisah dengan duit !!

Gunakan Media Dengan baik . Jangan membuat fitnah kepada semua rakyat yang tidak bersalah . dan BR1M jangan merasuah Kepada rakyat . rakyat akan sengara .Umno Mengayakan kroni2 yang makan duit rakyat .SPR Juga suka duit yer . rasuah sana rasuah sini . Umno owh umno . Be end owh owh Be End "

Video yang diletakan pada laman yang digodam..

Link Laman web yang digodam: http://umnopekan.com/
Jika laman berkenaan sudah dibaik pulih, anda boleh melihat mirror di Zone-H: http://www.zone-h.org/mirror/id/19711918

[GH]: Untuk berita segera,Selain dari menghantar email, Anda juga boleh menghubungi kami di facebook rasmi GilerHackers Di Sini.

GODAM LAMAN WEB MILIK KERAJAAN, DUA LELAKI DITAHAN



Kuala Lumpur, 2 Mei - Polis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki menggodam dua laman web milik kerajaan, dalam satu serbuan di sebuah hotel di Jalan Raja Laut, di sini, Selasa lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata dua laman web yang digodam suspek itu ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JPM), yang masing-masing membuat laporan pada 27 Dis 2012 dan 18 Feb lepas.

Katanya suspek pertama berusia 33 tahun, merupakan usahawan manakala rakannya, 28, seorang pakar komputer.

"Laporan berkenaan dibuat oleh pegawai JPN bahagian kad pengenalan yang mendakwa satu surat palsu dihantar kepada beberapa cawangan JPN di seluruh negara mengarahkan semua kad pengenalan MyKad dan MyKid yang tidak dituntut dalam tempoh 18 bulan, dihantar ke sebuah alamat di Keningau, Sabah untuk perhatian seseorang.

"Arahan itu dikeluarkan menerusi e-mel, katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, hari ini.

Syed Ismail berkata suspek turut disyaki terlibat menggodam sistem komputer JPM, dan polis telah menerima laporan daripada JPM, mengatakan bahawa sistem e-Akhbar dan e-Press digodam pihak tidak bertanggungjawab.

"Mereka mempunyai kemahiran terperinci menggodam dan polis menyiasat laporan itu mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997, dan kita percaya suspek dapat membantu siasatan.

"Antara barangan milik suspek yang dirampas ialah empat komputer riba, tiga telefon bimbit, cakera keras luaran, pemacu luaran," katanya sambil menambah suspek kini ditahan reman sehingga Sabtu ini bagi meneruskan siasatan. - BERNAMA
Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia

Lebih 13 Laman Sesawang Malaysia dot my (.my) Digodam! Defacement #INIKALILAH


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca pembaca di gilerhackers!
Seperti sedia maklum Musim Pilihan raya malaysia, PRU yang ke 13 semakin dekat,pelbagai berita sehingga kami sendiri tidak sempat untuk mengepost kesemua artikel yang dihantar, ribuan Terima Kasih kepada anda yang menyokong kami.

Hari ini, Dikatakan sekumpulan penggodam malaysia yang lebih mesra digelar KamiSec team menceroboh beberapa laman sesawang Malaysia yang kebanyakannya berakhir dengan DOT.MY (.my).
Namun tiada apa apa kerosokan serius pada laman terbabit,Hanya penambahan Fail defacement sahaja dilakukan.walaubagaimanapun, pemilik laman berkenaan haruslah mengambil ianya satu langkah penting untuk keselamatan laman sesawang mereka sendiri.

Diantara laman yang dipecah masuk keselamatannya:
http://samenta.org.my/inikalilah.php
http://lemans.com.my/inikalilah.php
http://virtualtourstudio.com.my/reformasi.php
http://cetech.com.my/reformasi.php
http://tsuyoiconnectivity.com/reformasi.php
http://cons1.tsuyoiconnectivity.com/reformasi.php
http://store.springtoss.com/reformasi.php
http://klwa.net/reformasi.php
http://eworldgift.com/reformasi.php
http://cons1.aemulus.com/inikalilah.php
http://cons3.anypiece.com/reformasi.php
http://cons2.anypiece.com/reformasi.php
http://cons1.anypiece.com/reformasi.php
http://mooncake.eas.net.my/reformasi.php
http://eas.net.my/reformasi.php

Lihat keseluruh laman yang diceroboh beserta MIRROR lengakap Zone-H disini

Mesej yang ditinggalkan penggodam pada defacement mereka:

Jom Balik Mengundi !!
Undi Dengan Bijak !
Kita Ubah . Ini Kalilah !!
KamiSecTeam Malaysia Was Arrived
AnuarLinux. Malik Kundang . Syn K.S.T .Dzone K.S.T. DarkDriver Wahidie K.S.T. ManSykez. Rain7
./Malaysia

juga turut disertakan sebuah video didalam coding defacement


kepada anda yang menghantar email kepada kami, sama ada pertanyaan, pengiklanan atau berita, kami akan cuba menyemak kembali satu persatu. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi kami difacebook. Terima Kasih.

RED BEAN HACKER! ‘tentera siber’ yang ditaja oleh DAP?


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.Sejak kebelakangan ini kami di [GH] banyak melaporkan berkenaan aktiviti pencerobohan, jenayah siber dan berita berita berkaitan defacement, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau berkaitan tutorial, anda boleh menghubungi kami di facebook,

Jika anda sedang mencari software software terbaru, kami cadangkan anda rujuk diblog rakan kami "sedut software sampai lebam | sssl.rc.my " Untuk info terbaru, kini anda boleh menggunakan perkhidmatan Hosting percuma yang ditaja oleh pihak Rilekscrew, untuk perkhidmatan hosting percuma, anda boleh terus ke laman rilekshost.com, berkenaan Hosting percuma dari Rilekscrew, kami akan membuat review dalam posting akan datang.. ^_^

Seperti biasa, ketika kami mencari info terbaru untuk disajikan kepada pembaca pembaca di gilerhackers, kami tertarik dengan status biswardi bin mohammad di fanpage beliau,

kami terus menrujuk kepada pautan blog beliau berkenaan 1 artikel bertajuk DAP Songlap Wang Negeri Untuk Taja Red Bean Army. pada artikel tersebut beliau mendakawa RED Bean Army adalah sekumpulan ‘tentera siber’ yang ditaja oleh DAP difahamkan telah wujud sejak 4-6 tahun lepas.

Kekuatan mereka dianggarkan berada dalam jumlah 2000 hingga 3000 dan didarabkan dengan 10 hingga 20 jumlah capaian ke internet (Facebook, twitter, email, komen, dll) iaitu sekitar 60,000.Kekuatan ini akan secara semulajadi digandakan sekiranya rakyat yang terpedaya turut ‘menyambung’ kerja mereka melalui media sosial.

Pejabat Operasi utama Red Bean Army ialah di Bangunan Komtar, Pulau Pinang dan satu lagi di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Bayaran bagi setiap seorang dari mereka secara puratanya ialah RM3000-RM8000.
Diantara tugas tugas yang dilakukan oleh kumpulan penggodam Red Bean:
  • Menyerang laman web pro-kerajaan,
  • Menyerang laman-laman sosial aktivis yang pro-kerajaan,
  • Menyebarkan bahan untuk memburukkan kerajaan,
  • Mematahkan komen-komen pro-kerajaan di media alternatif,
  • Menghalang penjelasan kerajaan dari sampai kepada rakyat melalui internet,
  • Mengganggu apa saja program yang dilihat mampu memberi kredit kepada kerajaan,
  • Menyebarkan maklumat yang memberi kredit kepada DAP anda boleh membaca artikel lengkap beliau disini
Artikel berkenaan Red Bean Army kali ini menarik perhatian kami untuk mengkaji secara lebih terperinci,Sepanjang perjalanan kami lebih kurang 4 tahun mengikuti perkembangan siber di malaysia,Tidak pernah lagi kami dengar berkaitan kumpulan Red Bean Army ini, kami juga cuba meninjau dibeberapa forum forum black hat yang popular, tetapi masih juga tidak mendapat apa apa info berkaitan Red Bean Army ini.

Selain membuat kajian di forum forum, ada juga kami menyemak pada laman Mirror - Mirror yang popular,dan cuba mencari info berkaitan Red Bean Hacker ini dengan menggunakan beberapa keyword popular di google, sekali lagi kami tidak menjumpai apa apa info berkenaan Red Bean Army.

Apa yang menjadi satu persoalan misteri bagi kami adalah, benarkah kumpulan penggodam Red Bean hacker ini wujud atau sekadar Mitos semata mata?. Atau mungking juga Red Bean Ini lebih suka melakukan kerja kerja secara Underground seperti Anonymous mungkin? atau Lulzsec?

Jadi, jika anda mempunyai sebarang info berkaitan Red Bean Hacker ini, sila email kan kepada kami di gilerhackers@gmail.com untuk susulan lebih terperinci.

Dragon Force Melancong ke Hongkong


Assalamualaiikum dan Selamat sejahtera, Lama [GH] tidak dengar khabar tentang Dragon Force, mungkin ramai yang sudah mengenali mereka, sebelum ini [GH] juga pernah menulis artikel berkaitan kelas it percuma yang dianjurkan oleh pihak Dragon Force.

[GH] dimaklukan oleh seorang rakan difacebook memberitahu kami, Dragon Force melancong ke Hongkong.betul ke? Setelah melayari pautan yang diberi kepada kami,rupanya Dragon Force Malaysia (DF) baru sahaja melakukan defacement pada laman utama Canon Hongkong beralamat www.canon-ebm.com.hk.

(* Jika laman tersebut sudah dibaik pulih, anda boleh lihat mirror disini: http://www.zone-h.com/mirror/id/19678617)

Tepapar pada laman utama logo rasmi Dragon Force yang diselitkan dengan perkataan kecil RileksCrew tredmark, dan juga beberapa logo kumpulan penggodam tempatan yang lain seperti, Newbie3vilco63s, Cyber Army C4, VVIP black Hat team, T3dimension dan Catdevilzcode.

[GH] segera menghubungi pihak Dragon Force pada fanpage facebook mereka untuk bertanya kaedah atau cara yang digunakan, tetapi mereka mengatakan hanya mengunakan kaedah (method) SQLI dan teknik rahsia yang tidak boleh dikongsi kepada umum.

Apa pun [GH] ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Dragon Force kerana sudi membalas pertanyaan kami.
kepada anda yang ingin menyumbang terhadap pembangunan GilerHackers dengan membeli tshirt GilerHackers VIP member boleh la rujuk DISINI [+Link] . tinggal 24 lagi tempat kosong untuk di isi.. [GH] juga mengucapkan terima kasih kepada anda yang sentiasa menyokong kami sehingga kehari ini. U ROCK BRO'

Blog Ketua Pemuda Barisan Nasional Digodam!


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.Semenjak kebelakangan ini, Berita Godam blog blog politik nampaknya semakin banyak.Selepas kami postkan berkenaan laman blog politik tehtarikbersamayb.com digodam, 1 lagi blog politik menjadi mangsa jenayah siber!

Blog ketua pemuda barisan Nasional, Harridz Mohan beralamat harridzmohan.com digodam.kali ini pengodam tidak meletakan namanya pada halaman defacement, tetapi meletakan sebuah video.
Defacement menunjukan batahan terhadap parti politik berkenaan. [GH] tidak dapat menghurai lebih lanjut kerana kami tidak begitu arif dalam politik, anda boleh rujuk pada mana mana laman web yang tertentu.

Diantara mesej yang ditinggalkan pada halaman defacement:

" Mana Duit Rakyat Yang Korang Dah Belanja kan ah ..
Duit BR1M Duit judi .. bagi duit rakyat guna duit judi fuckkk BN
Rupa2 nya Umngok Dan Be End Nie . Akan Berakhir :D
Orang Yang Dibelasah Yang Tidak Mempunyai Kesalahan Juga Turut Cedera . Umngok Be Ending Korang Semua Terdesak ker :D . Rasuahh Sana Rasuah Sini Boleh Pergi lah . Ngan Bos Pak Ajib Tuh"

dilengkapi dengan video dibawah:

Walaubagaimana pun, akaun Twitter beliau masih selamat. [GH] berharap kepada pemilik blog blog supaya lebih peka terhadap keselamatan laman mereka agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi,Apa yang [GH] hairan,adakah kedua dua kejadian ini didalangi kumpulan atau individu yang sama?

Jika laman ini sudah dibaik pulih, anda boleh semak mirror dizone-h disini : http://www.zone-h.org/mirror/id/19661214
selain blog berkenaan, laman pppyouthtv.com juga diceroboh.
mirror: http://www.zone-h.org/mirror/id/19661278

Laman Politik, Teh Tarik Bersama YB Digodam!


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca di GilerHackers
Kami dimaklumkan laman blog berkaitan politik beralamat www.tehtarikbersamayb.com digodam.
Semenjak kebelakangan ini, Isu politik semasa menjadi satu bualan hangat bagi masyarakat malaysia, lebih lebih lagi Pilihan Raya Umum yang ke 13 tidak lama lagi.

Penggodam yang mengenali dirinya dengan nama H@X-BUGS menceroboh laman blog tersebut dan meninggalkan mesej seperti dibawah:
H@X-BUGS!

KU LIHAT HIJAU! KU LIHAT HIJAU

KEPADA ADMIN... JIKA INGIN BERPOLITIK SILA TAMPILAKN SUMBER YANG BENAR DAN TEPAT BESERTA FAKTA BUKAN MELALUT NTAH APE KE BENDE.. KEPADA MACAI MACAI YANG PRIHATIN... SILA HENTIKAN POLITIK KOTOR ANDA DENGAN MENIMBULKAN FITNAH... BERSAINGLAH SECARA SIHAT!. MOHON TV3 , TV1 TV2, BERSIKAP ADIL DALAM SETIAP BERITA YANG DISIARKAN! JANGAN BERAT SEBELAH... JANGAN GADAIKAN MARUAH DAN HARGA DIRI HANYA KERANA WANG! - ASSALAMUALAIIKUM...

ANAK MUDA BANGKIT BERSAMA KEPIMPINAN ULAMA'

Link Defacement: http://www.tehtarikbersamayb.com
Lihat mirror disini: http://www.legend-h.org/deface.php?id=871305

Punca pencerobohan tidak dinyatakan,seperti yang kita tahu, plugin yang tidak berkualiti juga berisiko untuk sesuatu laman web itu digodam.Tiada maklumat terperinci diketahui, jika anda mempunyai sebarang info, sila hubungi kami di facebook untuk susulan berita ini.Apa pun [GH] berharap agar mereka yang bijak tidak menyalah gunakan kepandaian untuk kepentingan peribadi..

Jom Belajar Di "Akedemi RileksCrew"


Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca di GilerHackers.com.
Kepada anda yang selalu mengikuti perkembangan kami,Hari ini kami kongsikan sedikit info terbaru yang diterima dari team RileksCrew,

Kami di maklumkan, Rilekscrew akan berkongsi ilmu dengan anda semua di Akedemi mereka yang diberi nama "Putera Army". Apa yang menarik, disana bukan keseluruh berkaitan "Godam" (hacking) tetapi mereka juga akan berkongsi tips tips komputer,panduan blogging, designing , keselamatan (security) dan banyak lagi.
Selain dapat menambah ilmu, Putera Army juga mewujudkan 1 komuniti yang sihat khasnya untuk mereka yang minat berminat didalam bidang Siber.

Bagaimana untuk menyertai Putera Army?
Mudah sahaja.. anda hanya perlu ke Facebook rasmi Rilekscrew  dan Hantar Mesej ke dalam inbox mereka dengan memperkenalkan sedikit tentang diri anda dan tujuan ingin belajar. kemudian ikut panduan yang akan diberi oleh team RileksCrew.
( Mahu seribu daya )

PERATURAN DIDALAM PUTERA ARMY
Peraturan jika sudah berada didalam Group.Sila ambil perhatian.
1- Ada dilarang mengguna sebarang jenis auto like, auto komen, auto post dan semua jenis aplikasi SPAM!
2- Ada Tidak digalakan komen dengan komen komen yang tidak mendatangkan Faedah atau jenis Sia-Sia kerana ini hanya akan memenuhkan ruangan komen.
3- Hormati Rakan rakan yang lain.Sila abaikan pertanyaan rakan yang mungkin tidak kena pada selera anda
4- Tidak boleh menimbulkan isu isu yang boleh mengakibatkan pergaduhan sesama rakan didalam komuniti
5- Anda dilarang post LINK didalam group, sama ada link berkaitan promosi, iklan seperti link Says,Churp2 dan sebagainya,
5- Anda bebas atau bersih dari Mana Mana kumpulan Penggodam
6- Jangan Riak atau berlagak jika pertanyaan salah seorang ahli didalam group mungkin di anggap NOOB.Putera Army mewujudkan komuniti untuk berkongsi ilmu, bukan tunjuk pandai.

*Jika anda melanggar salah satu syarat yang ditetapkan, anda akan diban dari group setelah amaran sebanyak 3 kali di keluarkan.

Jika anda mempunya sebarang pertanyaan, sila tinggalkan komen dibawah atau terus ke facebook rilekscrew sendiri untuk maklumat yang lebih terperinci.
Facebook RileksCrew :https://www.facebook.com/HackingCorps

"Jika anda sokong Komuniti ini, kongsikan kepada rakan rakan anda dengan menekan button Like, Tweet, atau Share Dibawah.anda juga boleh menampal banner yang disediakan dibawah pada laman web anda sebagai tanda sokongan."



Copy & Paste code dibawah:
<a href='http://www.gilerhackers.com/2013/04/putera-army.html' target='_blank' title='Jom Belajar Di Akedemi RileksCrew'><img src='http://img.gilerhackers.com/x/parc.png'/></a>

Jangan Lupa Like GilerHackers Di Facebook untuk info info terbaru dari kami...

Gengster Sekolah Digodam RileksCrew


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca di GilerHackers.Gempar di facebook mengenai berita pembulian seorang remaja sekolah di pukul beramai ramai setalah video kejadian tersebut dimuat naik di facebook dan Youtube.

Selepas beberapa butiran peribadi seperti Nama, Twitter , Facebook dan BBPin didedahkan oleh segelintir masyarakat yang prihatin untuk membantu polis menyelesaikan masaalah ini, [GH] Dihubungi oleh seorang rakan yang mengatakan akaun Lan Todak Junior a.k.a Samseng sekolah ini telah dirampas oleh penggodam Tempatan.




Kami difahamkan akaun laman social Facebook suspek yang bernama Izzat Syafiq II telah dirampas oleh penggodam terkenal tempatan yang memang sudah umum dikenali orang ramai iatu JackSparrow RileksCrew.


Perbualan suspek dengan rakan juga turut didedah oleh JackSparrow yang mungkin ada kaitan dengan kejadian pergaduhan di dalam video.


Berikut adalah sedikit maklumat berkenaan dengan suspek

NAMA        : Izzat Syafiq B Abdullah
TWITTER   : https://twitter.com/ijatsyafiq
BLOG         : 1 .  http://izzatashadiari.blogspot.com/
                     2.  http://izzatsyafiqloveeffanadheera.blogspot.com/ 
BBPIN        : 2A9E01F1
SEKOLAH : SMK Tun Hussien Onn




Kami juga berharap maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu Pihak berkuasa untuk menjalankan tanggung jawab mereka..

Terus ke Facebook rasmi  Rileks Crew DISINI

Op Israel! Laman web Lucah Israel Digodam!

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Misi Ops israel kali ini betul betul mendapat perhatian ramai, selepas 7 April, mengikut kiraan, sekurang kurangnya lebih dari 3000 laman israel digodam.Terkini [GH] mendapat maklumat beberapa lagi laman web lucah atau Porn site israel digodam.

Penggodam malaysia dari kalangan bertopi hitam atau lebih mudah dikategorikan didalam Black Hat Hackers (DevilzSec) dikatakan telah mengubah paparan utama kepada defacement mereka.

mereka juga turut menyenaraikan beberapa Kumpulan penggodam lain pada defacement tersebut, Diantaranya ialah:
- Newbi3vilc063s -
- DragonForce
- Rilekscrew
-AhliSyurga Crew
- GaySec
- luvSec
- Crew9
- Hayate Ayasaki
- S4
- D4rkDriv3r
- Sacc4frazi
- Arm4dill0.DZ
- Teamr00t
- Cyb3rS3c
- Cat-Devilcode
- DotMy-Team
- Vvip
- KamiSecTeam

Kesemua Laman web lucah atau Porn site yang digodam Kumpulan mereka:
http://ha--ush.co.il/
http://se--.co.il/
http://tara--.net/
http://h--ot.co.il/
http://---ex.net/
http://sex---.co.il/
http://p---sex.co.il/
http://ro---us.net/
http://sexfo--.co.il/
http://sexis---.net/
http://sex---n.co.il/
http://ko---om.co.il/
http://p---a.co.il/
Lihat mirror di zone-H disini: http://zone-h.org/archive/filter=1/published=0/notifier=DevilzSec

* Perkataan ditutup selepas kami memerikasa laman terbabit telah dibaiki oleh pihak israel, jadi kami tidak mahu menanggung dosa untuk setiap lawatan anda ke sana secara sengaja atau tidak.. anda boleh semak di zone-h Devilzsec Sendiri. ^_^

Godam! Misi Lumpuhkan Israel Bermula #Ops Israel

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera!
Masih ingat artikel yang dipostkan sekitar 1bulan lepas berkenaan Misi 7april,Anonymous diseluruh Dunia bakal melancarkan Ops Israel dimana mereka mempunyai 1 tujuan yang sama, iaitu melumpuhkan semua laman webs, komuniti, rangkaian niaga Israhell israel dari Dunia internet.

Ketika kami sedang berjalan jalan mencari info terkini untuk dikongsikan kepada pembaca pembaca yang disayangi ^_^, diperhatikan salah seorang Penggodam dari Malaysia menggodam beberapa laman sesawang israel,dan mendakwa akan memusnahkan semua pengkalan data bermula 7 april  2013 ini.

Dibawah adalah beberapa laman  digodam evilcodebreaker yang sempat [GH] ambil:
http://www.tama38law.co.il/
http://www.goldbiz.co.il/
http://www.alzheimer.org.il/
http://www.mpi.co.il/
http://www.cogmetal.co.il/
http://www.tama38law.co.il/
http://www.lawlink.co.il/
http://www.lawontheweb.co.il/
http://www.thenotaries.co.il/


Mesej yang ditinggalkan pada laman utama:
We listening what you do to Palestin. We hear the cry of Gaza that you attacking.. We do patient..We see what you do.Now is the time we attacking you.. Nothing you can do.. We never affraid with you.. We never bed down at what you do to islam.
We will fight for our right.. We fight for our region.. We fight for our legion..The history that you create We never belive it.You were win the war by using soldier, tank, jet.. But.. in cyberspace.. you will lose.
Now..let We drive your economy..We drive your currency.. We drive your propeties.
We shutdown your system.. We intercept your settelite.. We intercept your comunication..
We DELETE YOUR COUNTURY FROM INTERNET REMEMBER... WE DO NOT FORGIVE.. WE DO NOT FORGET..EXPECT US.. WE OVER THE WORLDWIDE..ISLAM IS THE LIGHT... WE ARE DESTROYER
LEARN IT..FIND IT..PENTEST IT.. SECURE IT.. THEN HACK IT BACK..

Kesemua domain berakhir dot il,(kebanyakanya) diceroboh. Laman utama ditukar kepada defacement yang tertentu untuk menyampaikan mesej! Adakah ini adalah amaran sebelum bermulanya Operasi besar besaran pada 7 april 2013 ini?

Untuk pengetahuan pembaca, kini anda boleh menghantar artikel ke gilerhackers melalui email yang disediakan atau ADD+ rakan Gilerhackers di facebook: www.facebook.com/gilerhackersnews atau boleh juga inbox di fanpage GilerHackers DISINI

Hong Leong Bank Kena Hack

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan rakan [GH] yang sentiasa mengikuti perkembangan blog kami.Berita yang agak mengejutkan kami ketika mendapat tahu bahawa laman Hong Leong Bank Malaysia digodam sekitar 10 minit yang lepas. Laman Hong Leong bank Malaysia, www.hlam.com.my diceroboh! Penggodam yang berniat jahat mengubah laman utama kepada defacement mereka yang disertakan sebuah video seolah-olah ingin menyampaikan mesej tertentu kepada kerajaan Malaysia.

Screen shoot:

Link: http://www.hlam.com.my/
Mirror: http://www.hack-db.com/312903.html

video yang diletakan pada defacement bertajuk "This is Satu Malaysia


Penggodam tempatan yang dikenali dengan nama KamiSec Team mendakwa, kelemahan sistem pada bahagian pentadbir membuatkan laman berkenaan digodam.
"Kami Test Sekadar Untuk Menguji tahap web itu . dan kami juga mengiklan kan video dari Be End- hahahaha "- KamiSec Team.

Bagi pendapat [GH], perbuatan seperti ini tidak sepatutnya berlaku, selain boleh mencemarkan nama malaysia, kita juga haruslah bersikap profesional,[GH] juga ingin menegaskan disini, kami tidak berpihak pada mana mana pihak, kami cuma memberi pendapat  peribadi sahaja. Pandangan dan komen terpulang kepada pembaca untuk menilai.walupun begitu, pihak webmaster sepatutnya mengambil serius terhadap keselamatan laman webs pelangan mereka, lebih lebih lagi laman penting seperti ini.

Pendaftaran Ke Kelas Dragon Force Trooper Siri ke 4


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera. Seperti yang dijanjikan, kami dari warga GilerHackers akan memaklumkan secara ringkas berkenaan kelas it yang dianjurkan oleh pihak dragon force malaysia.Buat pengetahuan pembaca pembaca GH. kelas DF ini sudah lama diadakan dari DF1 sehingga yang kali ke empat ini.

Secara ringkas. ia diwujudkan bertujan berkongsi ilmu pengetahuan supaya lebih ramai rakyat malaysia untuk berminat didalam dunia it.selain itu,Ia memwujudkan 1 komuniti dimana belia belia malaysia berkumpul dan berkenalan antara satu sama lain demi menjalinkan hubungan silaturahim yang lebih akrab ^_^

Selain DF-Trooper, Dragon Force malaysia juga pernah membuka kelas DF-Baby, DF-Monster, DF-Media.okey tanpa membuang masa, kepada anda yang berminat untuk menyertai, sila isikan borang selengkapnya dengan klik banner diatas.

untuk dapatkan password, sila rujuk di facebook GilerHackers. Kami hanya memilih 5 pembaca yang bertuah sahaja untuk mengikuti kelas anjuran Dragon Force ini.selebihnya sila rujuk pada Page rasmi Dragon Force Malaysia.

Soalan Lazim.
Dimana kelas ini diadakan?
Kelas ini diadakan hanya didalam dunia maya, atau lebih mudah dsisebut secara online,info lanjut sila layari www.facebook.com/Dragonforce.malaysia

*Tertanya-tanya apa yang akan datang selepas SPM?

Laman Indah Water Diceroboh 2494 email dan katalaluan dilepaskan kepada umum.


Assalamualaiikum dan selamat sejahatera.Apa khabar pembaca di [GH].Pagi ini kami menerima email dari sekumpulan penggodam (malaysia) yang berjaya menceroboh laman web indahwater (www.iwk.com.my).Apa yang menjadi topik ialah ketika mereka melepaskan beberapa maklumat peribadi seperti email dan password (katalaluan) kepada Umum.

Mereka yang hanya ingin dikenali dengan nama Falcon Legion dikatakan berjaya menceroboh  dengan mengunakan teknik suntikan SQL  pada salah satu alamat:http://iwk.com.my/v/news/pop-out-audio?iframe=true&width=390&height=80&id=%&#39. setakat ini tiada apa apa kerosakan pada sistem laman tersebut. tetapi sebanyak 2494 maklumat telah dilepaskan kepada umum.

Lihat semua email dan kata laluan yang didedahkan DISINI
atau muat turun kesemua log dibawah:

.
Kepada pemilik akaun anda dinasihati agar menukar katalaluan kepada yang baru.Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di facebook www.fb.com/myGilerHackers atau emailkan kepada gilerhackers@gmail.com

*Nak Samsung Galaxy SIII mini dengan RM999?

Bank Simpanan Nasional Terdedah kepada Bahaya!


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera. salam perpaduan.
Kami di [GH] sangat berbesar hati dengan menerima email dari seorang yang tidak ingin namanya didedahkan kepada umum.Mengikut apa yang dikirim kan kepada kami,Beliau mendakwa laman bank simpanan nasional (www.mybsn.com.my) berada didalam keadaan yang kurang selamat.

Tiada maklumat terperinci diberitahu kami, Tetapi mengikut kenyataan beliau,  masalah pada CMS yang dibuat kemaskini menyebabkan laman tersebut berada didalam keadaan "TERDEDAH!"

dibawah adalah screenshot bukti bahawa sejenis file PHP yang berjaya dimuat naik,


Walaupun begitu, satu tidandakan bijak yang harus diberi pujian kerana masalah ini telah dilaporkan kepada pihak bertanggung jawab sebagai satu langkah keselamat dari berlakunya masalah yang tidak di ingini.
Jika anda mempunyai berita yang ingin dikongsikan kepada kami, sila rujuk DIBAHAGIAN ini.

Ops Israel! 7 april 2013 ! Anonymous mahu hapuskan israel dari dunia Internet



Assalamualaiikum, dan selamat sejahtera.
Masih ingatkah anda Video diatas?
Ada beberapa suara suara mengatakan bahawa anonymous akan melancarkan serangan tanpa henti mulai 7 april 2013 untuk menghapuskan israel dari dunia internet.


Anonymous juga mengajak penggodam diseluruh dunia untuk bekerjasama.Mengikut apa yang di gembar gemburkan,Kini penggodam penggodam diseluruh dunia telah bersiap sedia untuk melakukan serangan termasuk dari Malaysia dan Indonesia.
berita terkini sila kunjungi [Quick Updates]

Fanpage nurul Syuhada nurul ain kene hack!

Assalamualaiikum dan selamat sejatera.
Kami dimaklumkan bahawa fanpage Rasmi pesonaliti TV3 " Nurul Syuhada Nurul Ain " selaku pengacara Majalah T3, Malaysia Hari Ini... dan beberapa rancangan lain dikatakan digodam beberapa jam yang lepas.

Maklumat diketahui ketika berita itu tersebar di  salah satu group di facebook. ketika kami melawat fanpage beliau.. kelihatan seperti paparan dibawah:


jejak yang ditinggalkan kumpulan penggodam:
New Fan Page (official) This page owned by Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain.
Owned by KELANTAN HACKING CREW - http://www.facebook.com/kelantanhackingcrew- @Paloalto
Dipercayai kumpulan penggodam tempatan (KHC kelantan hacking crew) merapas akaun pemilik, tetapi tidak menyingkirkan pemilik asal dari halamanya.ketika [GH] menghubungi salah seorang ahli KHC, mereka mengatakan kelemahan pada  Soalan keselamatan yang mudah untuk dipecah masuk membuatkan akaun itu dirampas.

[GH] berharap selepas ini kita sama sama memperbaiki kelemahan pada setiap akaun untuk menyelamatkan dari kejadian buruk seperti ini.. ^_^

* Pengiklanan di blog gilerhackers sudah bermula, cepat tempah sementara slot masih ada! TEMPAH SEKARANG!

Perjanjian Damai ~ Tiada lagi serangan siber antara Malaysia dan Philippines


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua kipas susah mati [GH]!
Seperi yang sedia maklum,pertempuran antara malaysia dan philippine baru baru ini mendapat perhatian banyak pihak terutama rakyat malaysia sendiri yang ingin tahu perkembangan dunia fantasi siber!

Mengikut sumber, Rundingan damai permintaan penggodam philippines untuk menamatkan Perang Siber diantara Malaysia dan Philippines bagi mengelakan akibat yang lebih buruk terus berlaku.kedua dua pihak bersetuju tidak akan menyerang mana mana laman sesawang milik negara masing masing bagi menepati perjanjian supaya tidak berlaku lagi "PERANG SIBER" diantara kedua dua pihak.

Dengan ini [GH] juga berharap mana mana penggodam tempatan agar tidak menyentuh laman sesawang philippine bagi mengelakan terjadinya SIBER WAR kali ke-2.

ps:/kepada nama nama yang tertera.. mohon supaya tidak membuat apa apa tidakan bagi mengelakan kejadian yang tidak diingini berlaku.. huhuhu... Pinoy pinoy... pening la... kekeke

* Dapatkan koleksi baju baju menarik di Idea Kreatif!

Defacement Sebagai utusan buat kerajaan Philippines

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
sebelum mengulas berita berkenaan susualan "GODAM" diantara Philippines dan Malaysia.[GH] ingin meminta maaf terlebih dahulu kepada mereka yang terlibat diatas kesilapan salah seorang AUTHOR [GH] didalam menulis entri yang lepas.

Terbaru: Ekoran tidak puas hati rakyat malaysia berkaitan isu LAHAD DATU yang memberi kesan terhadap jiwa masyarakat malaysia membuatkan beberapa laman sesawang milik filipina diceroboh penggodam tempatan.

Sebuah kumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka dengan nama MY-ID mengambil tindakan melakukan beberapa defacement terhadap laman kerjaan milik PHILIPPINES ( gov.ph ) dengan menghantar beberapa MESEJ penting untuk negara tersebut.

Dibawah adalah screenshot yang sempat [GH] ambil.


pelancaran OPS PH dilakukan bertujuan memberi amaran kepada kerajaan philippine berkenaan isu LAHAT DATU yang menjadi bualan media pada masa kini sekaligus menghantar notis kepada penggodam philippines supaya tidak menyentuh atau merosakan apa apa pada laman sesawang malaysia .

MY-ID merupkan sebuah kumpulan hasil gabungan 2 negara iaitu Malaysia dan Indonesia! diantaranya ialah, T3dimension , Rilekscrew, C4 (cyber army ), Newbie3vilcodes, anonghost, Cat-devilzcode, Dotmy Team, aceh cyber Team dan VVIP Team sebagai akar utama kumpulan mereka.

Ahli ahli mereka terdiri daripada:
Dboyz
Cakkuncak
LoneRanger
Lod vvip
ManSykes
Atommota
Chliz Aceh
Alex John NEC
Captain Black Hook
Red John C4
WanzTD
Sacker_Boy
Fakhru
Afnum
Bayam
Devilzcode
PaMy
KiNoZ


Antara laman yang menjadi mangsa :
http://sanjulian.gov.ph/
http://calauanlaguna.gov.ph/
http://quinapondan.gov.ph/
http://easternsamar.gov.ph/
http://tolosa-leyte.gov.ph
http://calbayog.gov.ph/
http://tanauan-leyte.gov.ph/
http://ccwd.gov.ph/
Mirror:-
http://zone-h.org/archive/notifier=MY-ID
http://zone-h.org/archive/notifier=myid

.Diantara jejak yang ditinggalkan kumpulan mereka:
Well, its time for us to PEACE and stop attacking each other. To end up this war, this is our last defacement and from now on none of us will step or touch ur country site and none of you are able to touch our country site. If u againts this agreement, we wont accept any apology or excuses.

GH berharap selepas kejadian ini tiada lagi peperangan cyber diantar 2 negara ini. Lihat lebih banyak laman Philippine diceroboh Penggodam Tempatan DISINI
 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif